Rabu, 20 Jun 2012

Di sebalik penjara.


Kitab untuk 14 hari Legal Aid Duty

Alhamdulillah, minggu pertama Legal Aid Duty saya telah selamat dijalani dengan sungguh ohsem sekali. Sukar untuk diceritakan dengan kata-kata tapi akan diusahakan juga. Dengan tujuan; untuk memeriahkan blog sendiri dan untuk berkongsi pedoman bersama.

Saya tak mampu nak ceritakan secara details sebab otak saya sendiri memang tak tahan karat, terlalu cepat berkarat. Tapi personally, ini pengalaman baru untuk saya dan juga rakan-rakan lain. Alhamdulillah saya rasa saya tidak salah dalam memilih tugasan ini dalam banyak-banyak pilihan lain yang ada. This is what I want to hear and see. 

Tugasan kami tak lah sesukar mana. Sekadar menemuduga pesalah/tertuduh, tanya sama ada mahukan khidmat bantuan guaman, tanya sama ada mahu mengaku bersalah atau minta dibicarakan, etc etc. Mendapatkan maklumat bukan perkara sukar. Yang sukarnya ialah berperang dengan emosi sendiri dalam berhadapan dengan mereka. Kepala botak, muka bengis atau hati kering, tangan bergari, berpakaian seragam banduan, etc etc. Cabaran, bukan?

Selama ini hanya lihat dalam TV, kali ini berhadapan secara sendiri. Sungguh ini satu nikmat kehidupan buat saya.

Penjara Sg. Buloh  - Selasa, 19 Jun 2012.


Pertama kali melangkah kaki memasuki penjara, rasa macam, 'eh, betul ke ni?'. Tapi belum suspen lagi masa tu, kira cool lagi lah. Mujur saya ada Shahira, (rakan sekelas selama 5 tahun di MMU) sebagai teman untuk berborak sakan. Masuk je pintu besi, perkara pertama sekali yang berbeza ialah, bau. Ya, bau nya berbeza. Bau hapak, masam. Walaupun itu bukan kawasan banduan tinggal. Itu hanya kawasan bilik-bilik pegawai. Tapi memandangkan itu adalah laluan keluar masuk, maka mungkin bau itu tak dapat lari. 
Shahira peace sebelum masuk pintu besi pertama.
Kemudian, barang-barang perlu disimpan dalam locker. As usual, no handphone, no benda-benda tajam dan seangkatan dengannya. Selepas dilakukan body checking ke atas kami, so kami melalui satu lagi pintu besi. Melalui pintu besi kedua baru terasa dup dap dup dap. Shahira pun bersuara, 'Mek, aku nervous dohh!'. Ya, saya pun mengangguk dan bersetuju lalu berkata, 'cuak weh..'.

Tapi, menjadi seorang yang profesional, kita perlulah berlagak profesional. Apabila lalu di hadapan ruang menunggu untuk banduan, melihat rata-rata rambut sama botak, uniform sama, malah selipar pun sama, dan pada masa itu muka rasa kebas. Nak senyum ke nak buat muka apa ni?hehe.

So basically di Penjara Sg. Buloh kami interview tertuduh-tertuduh di ruang kantin yang mana tidak seperti di dalam drama TV. Setiap seorang daripada kami diberi seorang klien pada satu masa. Means, it's one to one communication. Tiada cermin, tiada gagang telefon seperti di dalam drama. Hanya ada kerusi yang kami duduki, meja kantin dan diri-diri kami. Banduan tangan di gari, kami tangan memegang pen. Dan kawalan ketat daripada warden penjara, seperti di dalam drama TV. 

Kerjasama mereka baik. Jangan tanya mereka berdosa atau tidak, pada saya itu bukan tugas kita untuk menjatuh hukum. Cukuplah kita belajar daripada kisah kehidupan mereka. 

Klien yg sempat saya interview di Sg Buloh ada 2 orang. 1; kesalahan samun. Seorang bapa, mempunyai 3 orang anak yang mana semuanya bersekolah. Sebelum ini mempunyai sejarah memasuki Simpang Renggam atas kesalahan sama. Jadi, apa komen anda? 

2; seorang bapa berusia tua setahun daripada saya. Tetapi telah bercerai. Mempunyai ibu yang menghidapi penyakit jantung yang mana sepanjang tertuduh ditahan, ibu yang sakit ini menjaga anaknya. Kesalahan; bersubahat dalam memiliki barang curi. Ditangkap setelah baru 3 hari bebas dari Penjara Kajang. Apa komen anda?

Saya taknak cerita pasal klien saya tapi saya nak cerita tentang environment di dalam sana yang pada saya lebih menginsafkan. Ketika masuk ke dalam pintu yang mendekatkan kami dengan para banduan, saya sebagai seorang observer yang rakus memandang ke kiri dan kanan. Maka saya melihat banduan yang cuba menakal dengan mem-'fewwit-fewwit' kami di tengking oleh warden penjara di sebelah kanan laluan kami dan saya melihat banduan-banduan tua yang saya fikir lebih kurang usia Abah saya sedang menghadiri Kuliah Agama di satu ruang yang berbeza. Maka saya tersentuh. Aduhai, apalah nasib pakcik-pakcik ini menghabiskan usia di tempat sebegini. Apa agaknya salah mereka dulu, ya?

Selepas selesai tugasan kami, kami diberi makan tengahari di ruang kantin yang sama. Yang serve makanan kami adalah juga banduan, pada hemah saya yang diberi kepercayaan untuk menguruskan dapur. Nampak nur di wajah mereka, senyuman manis, dahi bertanda. Benar, tanda di dahi bukan bukti kuatnya iman seseorang. Tapi setidak-tidaknya, sejuk mata memandang mereka. Mungkin tempat mereka dilihat hina oleh kita, namun di sisi Allah, kita tak tahu, kan? Kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. 

Penjara Kajang - Rabu, 20 Jun 2012.

Untuk sepanjang Legal Aid, schedule untuk kami ke Penjara Kajang hanya 2 kali setiap seorang. Pergerakan mengikut jadual yang disusun. Kalau di Penjara Sg. Buloh, kami 25 orang akan bergerak dan menjalankan tugas sekali. Tapi untuk Penjara Kajang, susunannya hanya 6-7 orang setiap kumpulan. Berbeza kali ini kerana di Penjara Kajang, pesalah-pesalah adalah Young Offenders dan juga Wanita. Bukan seperti di Penjara Sg. Buloh, untuk kes-kes yang kami uruskan.
Pintu besi. Silalah masuk kalau sudi.
Pagi tadi, semasa kami menunggu di luar pintu besi, kami ber-enam seperti berlegar-legar diruangan petak kuning (seperti di dalam gambar di atas). Kemudian keluar seorang pegawai penjara berkata, 'minta tepi sikit dik. Bas nak parking sini, nak bawa banduan gantung'. Saya seperti, 'what?? gantung?? maksudnya apa?'

Lalu bas tersebut parking dan pintu besi dibuka dan keluarlah beberapa orang banduan, tangan bergari bersama pegawai penjara menaiki bas. Muka memang ranggi habis. Bengislah senang cerita. Tapi saya berdiri sebelah pokok buat gaya relax macam tak ada apa-apa. Padahal dalam kepala ni fikir macam-macam. Saya bukan fikir, 'eh diorang boleh serang aku ni!'. Bukan! Bukan! Saya fikir, 'apa yang mereka buat sampai dapat hukuman gantung? bunuh? bunuh siapa?. Habis family mereka bagaimana?'.

Ok, bila masuk pintu besi, again the same smell is there. Walaupun penjara lain-lain, bau tetap sama. Saya labelkan ia sebagai 'the smell of prison'. And then the same procedure we gone through except for today tiada body checking untuk kami yang perempuan kerana tiada pegawai wanita yang bertugas tadi kelihatan. hehe. 

This time, environment tempat kami temuduga berbeza. Sedikit seperti dalam drama TV. Ada cubical, ada cermin yang memisahkan kami dan tertuduh tapi tiada gagang telepon seperti dalam drama.hehe. Cuma, tangan mereka tak bergari. Rambut mereka tetap sama botak, baju mereka, selipar mereka seragam. Itu berdasarkan pemerhatian saya. Sefahaman saya, mereka pesalah Juvana/Young Offenders yang mungkin kurang kecenderungan untuk lari dan mencederakan. Tambah lagi ada yang belum ke mahkamah untuk bicara. Baru sampai tahap sebutan. Fresh.

Sebab jiwa saya lebih tersentuh dan teruja bila berkisarkan tentang juvana, remaja, anak-anak, maka kali ini saya kongsikan kisah klien-klien saya.

Klien 1.

Saya: Assalamualaikum. Sihat?
Dia: Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. *Sambil senyum manis*
Saya: Umur berapa ya?
Dia: 20 tahun, kak. 

Dan komunikasi dua hala diteruskan untuk 30minit. Antara part yang menyentuh hati saya:

Saya: Tahap pendidikan, dik? (Sebab saya kena isi maklumat dalam borang)
Dia: Saya sekarang tengah study TESL kak di U**. 
Saya: *Aduhai, kenapalah kau kat sini (dalam hati)*
Dia: Kak,.. kalau saya kat sini, kena buang U** ke? (Mata dia mula berkaca). Kak, kalau boleh saya taknaklah kena buang. Saya tak salah, kak. Saya tak tahu apa-apa pun pasal dadah tu. 
Saya: Sekarang ni Uni adik tengah cuti ke? Pihak U dah tahu ke?
Dia: Tak tahu lagi kot. Mak saya kata, dia cuba bincang dengan IO, kalau boleh minta kerjasama jangan maklum pada pihak U**. 
Saya: Ok, bagus. Kawan ada yang tahu?
Dia: Tak. Saya taknak bagitahu.

~Bla. bla. bla. Malas nak cerita panjang lebar~

Saya pendekkan kisahnya, saya taknak komen dia bersalah ataupun tidak. Cuma nak kata, nasib tak menyebelahi dia. Yang sedihnya, ayah dia baru meninggal bulan 5 hari tu, masa tu dia dah ambil cuti lama. Kemudian kakinya retak, cuti lama lagi. Kemudian di kembali ke U**, baru masuk balik kelas 2 hari. Kemudian kawan call ajak lepak, hang out, dia pergi. Sempat lepak di hotel yang abang kepada kawannya check-in. Just before check-out, bilik hotel kena serbu, polis geledah hotel, jumpa ganja bawah tilam. Maka, tersangkutlah dia sekali. 

Mari kita fikir sama, apa agaknya perasaan ibunya apabila dihubungi memaklumkan anaknya kini ditahan kerana ditangkap bersama dengan dadah? Mampukah ibunya merawat luka dihati sendiri, dahlah baru kehilangan suami, tambah pula dengan kesilapan anak? Mana ada ibu yang senang hati melihat anak dibalik jeriji besi walau jahat sekali pun anak itu. Kan? 

Mari fikir juga, andai kata dia dibuang Universiti, adakah dia kuat berhadapan dengan situasi? Kalau kita di tempat dia, bagaimana? Dalam hal ini, siapa yang nak dipersalahkan? Salah ibu mengandung? Salah ayah yang buat ibu mengandung? Atau salah diri sendiri? Atau salah rakan yang mengajak keluar? Atau takdir yang dipersalahkan? 

Klien 2.

Saya: Umur berapa dik?
Dia: 20 tahun.
Saya: Kesalahan apa?
Dia: 395, kak.
Saya: *belek Penal Code. amaturlah katakan*
Saya: Samun?
Dia: Ha'ah.

Bla.bla.bla.

Saya: Mak kerja apa?
Dia: Mak saya ajar budak mengaji.
Saya: Telan air liur. 

Bla.bla.bla.

Saya: So nanti nak mengaku salah ke nak minta bicara?
Dia: Saya tak tahulah kak. Mana yang lebih baik?
Saya: Kalau mengaku salah, kita boleh mitigate minta hukuman diringankan. Kalau nak minta bicara pun boleh sebab adik kata, yang buat tu kawan adik, adik bawak motor je, dan polis tak buat kawad cam tu semua, barang kes pun tak de dengan adik.. Tapi kita tak boleh jamin berapa lama kes boleh settle. Satu lagi kalau adik tak mengaku bersalah, minta bicara dan kemudian mahkamah putuskan adik bersalah, hukuman tu payah nak ringan, dik. 
Dia: Mak saya, abang saya semua kata jangan mengaku bersalah. Sebab saya tak buat. Saya bawa motor je. Tapi saya tak tahulah kak. Mana yang lebih cepat, itulah saya nak. Kepala dah sakit duduk lama-lama dalam ni, kak. 
*masa kau nak bawa motor tu kepala kau sakit tak dik?* hehe

Part yang syahdu.

Saya: Adik ada apa-apa lagi ke nak cakap, nak minta dimaklumkan apa-apa kepada keluarga?
Dia: Saya minta tolong akak call Mak saya, boleh tak? Minta bagitahu dia, saya minta dia datang melawat, saya nak tahu perkembangan keluarga. Saya tak tahu apa-apa sekarang ni, kak.
Saya: *Telan air liur lagi. Syahdu. Sayang rupanya dia kat family, kan?*
Saya: Ok, akak take note kat sini. Nanti kita cuba hubungi keluarga adik. Sabar sikit ya duduk sini. 
Dia:  Ok, terima kasih kak.

Klien 3.

Saya: Umur dik?
Dia: 18 tahun.
Saya: Kesalahan apa dik?
Dia: Pecah rumah.

*Sebenarnya bukan pecah rumah sangat pun. Curi tong gas kosong sebanyak 6 buah di rumah sewa sendiri. 1 tong gas dijual dengan harga RM35. RM35x6 = RM210.

bla.bla.bla.

Key factor pada hemah saya:

Satu.
Saya: Tahap pendidikan dik?
Dia: Tingkatan 2.
Dalam hati saya berkata, 'zaman sekarang pun ada orang tak kisah tak sekolahkan anak sampai habis ke? duduk KL pulak tu, wehh!'.

Dua.
Saya: Keadaan keluarga adik macam mana? ok? (Ruangan dalam borang, miskin, sederhana, ibu bapa bercerai)
Dia: Mak ayah bercerai, tapi tak tahu ayah hilang lari ke mana. Saya ada bapa tiri.  

*Sebab itu dalam Islam, bapa penting sebagai ketua keluarga, sebagai Imam. Bila bapa tiada, beginilah kesannya.*

Saya: Ini kesalahan pertama atau ada kes sebelum ni?
Dia: Sebelum ni pernah didakwa kesalahan pasal guna senjata masa saya Form 2 tapi saya lepas, mahkamah kata saya tak salah.

Ok, mari fikir. Salah ke tak tu belakang cite, tapi apa kau buat dik sampai kau boleh main dengan senjata segala bagai? Kalau akak diknon, akak main lawan pemadam je kat sekolah. Main rebut tiang masa rehat, main kredit kad (raba bontot kawan), main pijak-pijak kasut kawan. Paling kuat pun akak bercinta monyet lah. Itulah. Kau main senjata? Alahai.

Lepas tu, berbaloi tak kau rembat barang nilai RM210 yang sehari kau boleh habiskan (nak bagitahu betapa sikitnya nilai), kemudian kau sangkut dalam ni tak tahu berapa lama. Mahkamah bagi ikat jamin pun family tak mampu bayar, minta kurang lagi. Habis camno?

Pengalaman lain.

Selepas keluar bertemu young offenders, kami menunggu di luar penjara wanita pula untuk menemuduga banduan wanita. Menunggu bukan main lama, lepas tu tak jadi, lepas tu balik.

Sebelum tu, saya nak cerita apa yang saya nampak. Kebetulan semasa menunggu di bawah panas terik tu, bas penjara pun tiba. Banduan wanita ramai turun dari bas (baru balik daripada Hospital) dengan tangan bergari bersama warden penjara wanita. Perkara pertama saya terpandang; "oh my God. there's a lady with a baby!". Itu perkara pertama saya terpandang dan terus saya sampaikan kepada kawan-kawan lain. Anak comel pula tu. Hancur luluh hati saya. 

Masa masing-masing turun dari bas, ambik kau. Saya nampak tidak kurang daripada 3 orang wanita yang menggendong bayi. Seorang dua daripadanya seperti masih dalam pantang atau mungkin baru habis pantang. 

Kita sama-sama fikirlah, agak-agaknya bila anak-anak itu membesar nanti, marah tak dia bila mendapat tahu bahawa tahun-tahun awal kelahiran dan kehidupannya, dia membesar di dalam penjara, di sebalik jeriji dan tembok tinggi 4 meter?

Saya tertanya-tanya, apalah salah ibu-ibu ini ya? Apakah nasib anak-anak itu nanti?

Penutup.

Lalu kita perlu tanya diri kita, apa fungsi kita untuk masyarakat dan dunia? Kita lawyer, kita doktor, kita engineer, kita money-maker tapi apa sumbangan kita?

Kalau tak ada, elok kita tekup muka, dan letak kepala dalam jamban dan pam.

Sebab kita dan najis tiada beza. Memalukan saja. 

Wallahualam.
Wassalam

11 ulasan:

Ahmad berkata...

Great article about prison life...
bear in mind as well, prison is
a form of educational institution
(but in a more harsh way),and not all
of its residence are bad people...
its something like a university..
A university where Prophet of Allah
Yusuf (alaihisalam) graduated from, where
As Shaheed Sayyid Qutb (may Allah accept him)
graduated from and many more prominent
figures who indeed graduated from imprisonment..
Wallahualam,Allah knows best for every circumstances
that occured...Wassalam! Cheers! Have a nice day!

Najlaa berkata...

True! Agree with you.

Like in the real uni, some will graduate with excellent results and some not, same goes to this university of prison! ;)

Unknown berkata...

kehidupan di "luar dan di dalam ternyata amat berbeza.... sakit dan deritanya hidup di 'dalam' mnyiksa jiwa mental & fizikal... Bla dah mlangkah bebas biarlah 'dua belah kaki' keluar...jgn ssekali ikut banduan lain niat sebelah kaki dalam, sbelah lg di luar.... Dan hijrahlah drpd tempat yg sblum kte kantoi dlu. Jgn salah pergaulan dan pilihlah kawan yg membawa ke arah kebaikan dunia akhirat. insya allah kte kena kuat. tanamkan azam nak perbaiki diri. yg penting jgn lupe dgn Allah taala dan ibubapa kte. kembalilah menyusun langkah insya allah kte pasti berjaya. - ex OB0121719HLM (penjara wanita kajang)

Najlaa berkata...

Salam Wawa Shark,

Terima kasih di atas komen dan perkongsian yg sangat ikhlas dan jujur. Semoga pesanan awak bermanfaat untuk saya dan semua yang membaca. InsyaAllah, Allah has planned the very best for ur future. ;)

Anonymous berkata...

Maafkan saya, tapi saya tidak suka penulisan anda dan cara anda mengulas cerita tu. Salam. Peace

Tanpa Nama berkata...

saya pernah masuk duduk penjara kajang selama 6 tahun dan terima hukuman sebatan 13 rotan atas kes seksyen 39A. kehidupan kat dalam memang teruk dan susah...

Najlaa berkata...

Anonymous,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Pengalaman itu mungkin perit utk pihak tuan tapi ianya mahal dan benar-benar mendidik. Saya percaya setiap orang melakukan kesilapan dan layak diberi peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Semoga tuan tabah dan terus cemerlang menjalani kehidupan mendatang.

Kalau tuan sudi boleh kongsikan pengalaman dgn email kpd saya dntc.trainer@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Jgn percaya sgt dgn banduan2 kt dlm tu... mana ada org gila mengaku gila... begitu jgk dgn mereka semua... berpura2 mangsa...klu dh asas agama xde, mmg mcm ni... kita yg keje kt luar susah2, cukai dipotong bg makan pd banduan... xberbaloi... banduan makan pakai dpt free gitu je...sbb tu banduan sentiasa kua masuk penjara...

Tanpa Nama berkata...

Kpd yg insaf... teruskn... dalami ilmu agama agar anda tidak tersasar lg..

Tanpa Nama berkata...

Sy nk bertnye...sebb knp perslh berpindh penjara

Unknown berkata...

saya nak tanya..bolehkah rakan melawat rakannya di penjara?