Selasa, 11 Ogos 2009

Apa yang MAMPU kita beri?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Siang tadi semasa sy sibuk2 menguruskan seorang sahabat utk buat Check Up di Hospital Pantai (dan sy sekali buat pemeriksaan), sy terima 1 panggilan daripada seseorang yang tidak sy kenali. Menyampaikan hajatnya utk bersua, berbincang tentang program pada bulan Ramadhan nanti. Katanya, program itu di sub-kan kepada sy mewakili UPG lah dripada En Syukor. Jadi, sy dalam keadaan blur2 sedikit katakan OK sahaja utk berbincang.

Jadi, petang tadi di Abrar sempat sy bersua dengan wakil dripada In Person Training and Consultancy, En Saharimi yang mana badan ini menjalankan program2 bina insan, etc. Mereka mempunyai kawasan kem tersendiri iaitu Chalet Bina Insan Rabiatul Adawiyah.

Mendengar perlahan2 bicara dan pembentangan idea mereka dalam kebisingan di Restoran Abrar itu (silap sy salah pilih tempat), terselit rasa kagum juga dlm diri sy. Bukan apa, sy faham misi mereka mungkin juga utk menggerakkan perniagaan mereka. Tapi dalam dunia hari ini, sy kira kita boleh bilang dengan jari berapa sangat minda2 masyarakat yg berniaga memikirkan utk perjuangkan agama disamping menjalankan perniagaan?

Sy difahamkan pihak En Saharimi telahpun membentangkan proposal program mereka pada En Syukor. Sy juga difahamkan respon positif diterima daripada pihak STAD. kerana apa? kerana nature program ini. Dalam sy garu2 kepala memikirkan apa agaknya yg sy nak jalankan utk UPG bulan Ramadhan yg mulia nanti, datang pula sebuah peluang seperti ini. Mereka menyediakan segalanya. Tggal lagi pihak sy perlu sediakan ONGKOSnye, Pengangkutan dan Peserta Program.

Memang la kalau kita fikirkan, siapa sgt yg nak join program mcm ni? Tentatif penuh dengan program berunsurkan Islamik. Daripada zikir munajat, slot Salam Perjuangan, Malam Mencari Tuhan, Qiamullail, Kuliah Ramadhan, Tadarus Al Quran, Muzakarah dan banyak lagi. Tapi terdetik pula di hati sy, bila lagi utk kita dapat peluang beribadah dan berdakwah seumpama ini? Kita mungkin mampu melatih Faci-faci terlatih berhadapan dengan pelbagai gaya manusia. Tapi bila lagi mampunya kita utk beri mereka ilmu agama seperti ini? Jujur bicara sy bukan org layak utk memberi. Tapi paling tidak pun sekurang2nya peluang seumpama ini cukup utk kita memberi jalan kepada diri sendiri dan belia MMU dengan peluang di jalan Allah seumpama ini.

Perihal program ini masih belum sy bincangkan dengan HICOM sy lagi. Esok akan sy bawakan ke dalam meeting HICOM sy. Dan jauh di sudut hati sy, sy kira ini peluang terbaik. Utk kita biarkan hati kita yg semakin dibuai mimpi dijentik sedikit dengan pemantapan rohani seumpama ini. Lagi2 bila En Syukor mengotakan janji utk subsidi 50% dripada kos program.
Syukur. Ramadhan bulan Mulia. Semoga murah rezeki mereka semua.

Jika kita memandang enteng program seumpama ini, kita perlu sedar dan tanyakan pada diri sendiri. Apa perkara lain yg MAMPU kita beri?? Wallahualam.

P/s: Sekiranya anda berminat dengan program ini yang insyaallah dijalankan pada Ramadhan nanti, boleh tinggalkan comment anda di sini. btw, program ini adalah program 2 hari 1 malam. Sy akan maklumkan lanjut sama ada jadi atau tidak. Sokongan anda menentukan samada ianya menjadi realiti atau terus tertinggal di alam fantasi. =)



Salam Motivasi;
Najlaa

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berapa hari bulan neh ten?