Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam Inspirasi.
Hari ini, ketika diri masih dibelenggu tekanan untuk menghadapi peperiksaan, sambil merenung nota Land Law II, saya hadap sekali buku tulisan Anthony Robbins bertajuk Great Steps dan Awaken the Giant Within. Buku Great Steps saya beli sendiri di Boarders Times Square entah zaman bila tak dapat diingati. Awaken the Giant Within pula sebenarnya milik Cik Marina Sulaiman yang saya pinjam sejak zaman foundation yang tidak saya pulang-pulang sehingga kini. Ampunkan saya.hehe.
Kerana rindukan madah motivasi maka saya jengah blog ini. Rindu berayat skema dan memberi inspirasi. Kalau tidak kepada orang lain pun, mudah-mudahan untuk diri sendiri. Secara kebetulan, kebelakangan ini sy di'adu'kan tentang jiwa dan perasaan dua orang bakal doktor yang resah, gundah gulana dan rindukan kegembiraan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan itu. Jadi sy nekad untuk menulis hari ini. Ilham datang usai solat Asar. Apa salahnya berkongsi semangat.
Seorang berada dekat di mata dan dekat di hati; Dr. to-be Shabira. Dan seorang lagi jauh di mata tapi dekat di hati, Dr. to-be Hajar. Masing-masing resah dalam perjuangan menjadi doktor yang bakal berkhidmat untuk masyarakat. Dahla ada lambakan tugasan dalam pelajaran, masalah peribadi dan emosi pula taknak juga lari walaupun dihambat pergi. Kasihan sy sama kalian. Dua-dua pun sama-sama mengenali sy ketika jatuh dan bangun. Terkedek-kedek belajar bangkit bersama. Hari ni, bakal doktor mereka berdua. Bangga sebentar. Kembang kempis hidung dan lubang telinga. Untung-untung nanti andai sy jatuh sakit, ada doktor yang boleh bagi rawatan percuma.hehe.
"Destroy the blocks, Break down the wall, Let go of the rope and Dance your way to SUCCESS"
Pada hemah sy, apa pun jua halangan dan rintangan yang kalian hadapi sekarang, tak kisahlah perihal pelajaran ataupun hal peribadi, perkara pertama yang perlu diterapkan dalam diri adalah nilai sebuah 'keredhaan'. Bukanlah sy ustazah untuk berbicara soal agama secara mendalam. Tapi kita sama-sama umat Islam yang dilahirkan sebagai Islam, membesar dengan cara Islam dan sentiasa berdoa agar dimatikan dalam keadaan Iman bersama panji Islam. Jika Allah perkenankan sesuatu kebaikan untuk kita, maka itulah nikmat buat kita sebagai hambaNya. Tapi andai kata diturunkan kita dengan ujian dan musibah, janganlah dianggap diri ini hampeh, tak guna, sewel, lost, hilang pedoman dan sebagainya. Cuba kita ubah cara fikir kita, kita tune sikit. Ini penting. Bilamana diturunkan ke atas kita ujian dan dugaan, pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang sy pasti dan yakin, semua itu untuk mendidik kita untuk menjalani hidup yang berkualiti agar dijadikan bekalan untuk kita di akhirat kelak. Jangan kita lalai dengan nikmat Allah, jangan kita benci dengan ujian Allah. Tenang-tenang aja. Pokok pangkal, redha. Kuasa redha itu melebihi segala kekusutan dan resah hati.
Sy selalu berbangga bercerita dengan ramai org bahawa sy ada sahabat bernama Shabira yang berjaya buat Medic di UiTM Shah Alam. Usia tidak menjadi isu. Yang penting awak jelas dengan matlamat hidup awak. Tidak lupa juga suasana kembang kempis hidung saya bercerita tentang crime-partner sy sejak di MRSM dulu bernama Hajar, kini sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia dalam bidang perubatan juga. Hebat sungguh org di sekeliling sy. Apa agaknya yang menyuntik semangat kalian untuk terus berjuang mendapatkan tempat dalam bidang perubatan? Tepuk dada, tanya selera.
Nur Shabira Ab Ghani |
Siti Hajar Shamsudin |
1 perkara yg selalu saya tiupkan dalam diri saya, dalam apa saja perkara yang kita lakukan, sentiasa set dalam fikiran, kita mahu jadi yang terbaik. Bukan lah saya kata semua benda kita perlu bolot. Itu tamak namanya. Sesuatu kejayaan tidak perlu diukur dengan kemenangan award. Tetapi definisi kejayaan yang kita cipta untuk diri sendiri. Maksud sy di sini, begini. Andai anda tidak gembira, bermuram durja atau merana sekalipun dalam menghadapi situasi di tempat belajar anda, anda perlu sentiasa ingatkan diri anda, apa sekalipun berlaku, usaha anda tetap perlu ke arah menjadi yang terbaik. Tolak tepi soal susah hati, masalah peribadi, boyfriend lari, ataupun awek ikut pak Indon ke Lombok. Yang penting, usaha perlu diteruskan, matlamat perlu dicapai. Kerana saya fikir, kita membawa maruah kita bersama dengan setiap langkah usaha kita. Biarlah kita yang merasa betapa tingginya nilai kejayaan yang kita kecapi setelah mengharunginya dengan penuh cabaran. Bukan mudah. Saya faham. Orang-orang hebat sahaja yang mampu jadi doktor. Jadi, kalian antara yang terhebat. Jangan goyah.
Saya menunggu harinya nanti bilamana saya boleh panggil kalian dengan gelaran Dr. Shabira dan Dr. Hajar secara officialnya. Percayalah, pasti kembang kempis punggung kalian mendengar saya memanggil kalian dengan panggilan itu bila tiba masanya. Hari ini, segala jeruk hati, tangis, masam muka dan sebagainya perlu kalian harungi dengan tabah dan redha. Bukan mudah untuk berjaya. Jadi, didiklah diri untuk tenang dalam membina diri menjadi orang berjaya.
Hapuskan segala halangan yang membelenggu diri anda, keluarkan diri anda dari kepompong masalah yang dicipta oleh diri sendiri. Marilah kita sama-sama berlari mengejar kejayaan. Tak boleh jalan lagi dah sekarang ini. Hari ini, semua orang mahu berjaya. Mereka lari sungguh-sungguh ke arah itu. Kita, bakal menyarung jersi golongan Profesional, takkan mahu berjalan dengan selamber, dengan wajah lemah lembut dan ayu? Tak boleh! Sepantas kilat kita lari, kejar kejayaan. Dalam masa sama kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain agar larian kita itu tidak tersasar dari balapan Islam.
Satu perkara lagi, ingin saya tekankan di sini. Semua orang pun punyai masalah. Tapi kadang-kadang kita pelik bila tengok orang tu cool je, tenang je. Mcm tak heran dengan masalah yang ditanggung. Kenapa agaknya? Kerana, kita berbeza dari cara berfikir. Kalau kita fikir masalah dalam-dalam, tak membantu pun. Ubah cara fikir. Jangan lihat masalah sebagai satu faktor yang melemahkan semangat dan usaha kita. Tapi jadikan masalah dan dugaan sebagai faktor yang melajukan enjin usaha dan mengukuhkan semangat perjuangan. Sy juga punyai masalah. Tak kecil sangat tak besar sangat. Tapi hari ini saya fikir sy susah cukup tenang dan kuat. Kerana sy redha dan saya renung semula, 'Aku sendiri banyak melanggar hukum Allah. Aku redha dengan dugaan ini. I deserve this..'
Sayang-sayangku sekalian,
I love u girls. I know u love me too. Im waiting for the moment that i can jump here and there like hell to celebrate your success. And remember, everyone out there is looking and staring at you, waiting for the right time to clap their hands together at the moment u both officially become Doctors.
Wallahualam. Doakan kejayaan saya.
Ikhlas;