Khamis, 23 Disember 2010

Maju Setapak Lagi. Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Harap2nya blog ini belum sempat bersawang. Maklumlah jadi 2nd blog ni memang mengguris hati kan. Sebab tumpuan saya lebih kepada alkisahnya kan. So sorry lah ye.

Sebagai hamba Allah yang dipinjamkan peluang untuk bernafas di muka bumi ini, kita seharusnya jangan berhenti dari ucap syukur. Syukur yang ikhlas, yang lahir dari hati. Tidak kira sebesar mana nikmat yang dikurniakan. Kecil atau besar, tidak wajar jadi persoalan. Yang penting, jangan pernah rasa penat untuk panjatkan kesyukuran. Bukan susah pun. Semudah Alhamdulillah. Bagi yang bukan beragama Islam, ucaplah syukur mengikut citarasa anda. =)

Umum mengetahui (anggaplah saya glamer) bahawasanya kini saya tidak lagi memegang mana-mana jawatan atau tanggungjawab yang bukan kecil. Saya kini bebas bergerak ke sana sini. Kadang-kadang dijemput menghadiri meeting untuk perkongsian idea dan ilmu, kalau tidak keberatan, saya biasanya hadir. Kalau tiada, saya penuhi hari-hari saya dengan aktiviti yang membuatkan hati saya tersenyum. Seronok juga rasanya. Cuma kadang kala, rindu juga pada kenangan lalu, menjadi seorang Busywoman yang setiap masa berkejar sana sini, bersuara lantang itu ini. 

Tapi kini, saya membawa diri ke dunia baru. Bergelar seorang Trainer / Jurulatih untuk Fasilitator. Alhamdulillah, setapak demi setapak diri ini menjengah potensi diri, cuba mencuri peluang yang ada. Kalau bukan peluang besar pun, peluang kecil sudah memadai. Dari situ kita peroleh ilmu, buat bekalan masa depan. Sejak tahun 2008, saya dan sahabat-sahabat UPG menceburkan diri dalam bidang Kefasilitatoran dengan lebih serius dan mendalam. Kami menghadiri Training of Facilitators (TOF) lebih kurang 5-6 kali. Diselang-selikan dengan pemantapan skill melalui pelbagai bentuk program. Berhadapan dengan pelbagai situasi bersama anak-anak yatim, pelajar sekolah di kawasan pendalaman seperti Terengganu, Perlis, Melaka juga. Berkongsi pengalaman dan motivasi bersama pelajar Juvana, mengajar adik-adik kecil apa itu ABC dan 123, dan mcm-mcm lagi. Seronok memang seronok. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Kami kemudiannya menghadiri Kursus untuk Jurulatih (Training of Trainers) bersama dengan PKPIM dan UPG. Alhamdulillah, seronok mencari ilmu memantapkan skill. Perlahan-lahan kami mengenali potensi diri. Tiada pernah sekalipun saya rasa sesal dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Passion saya di sini. 

Bergelar jurulatih adalah perkara baru untuk saya. Setakat ini, saya dan rakan-rakan telah kendalikan 2 TOF secara menyeluruh. Bermaksud dari A-Z kami kendalikan. Sebelum ini, ada juga menjadi Co-Trainer contohnya dalam Kem Induksi ProKAM anjuran UPG dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka. Mungkin orang lihat seperti mudah kerana mengendalikan program bersama pelajar-pelajar MMU itu sendiri. Tapi jujur bicara, pada saya, menguruskan peserta dari kalangan sahabat-sahabat sendiri lebih mencabar kerana etika jurulatih/fasilitator perlu dijaga dan dipegang kemas. Maklumlah, kita manusia biasa, kadang-kadang terlupa untuk mencipta 'gap' antara peserta dan trainer, kadang-kadang terlupa menukar watak daripada rakan kepada jurulatih. 

Sekadar ingin berkongsi, andai ada sahabat-sahabat di luar sana berminat untuk berkongsi ilmu dengan saya, berkongsi pengalaman perihal dunia kefasilitatoran, kita boleh set satu masa, mungkin di kedai kopi sebagai permulaan, dan seterusnya di kem TOF sebagai penyambungnya. Saya masih menuntut ilmu, mencari selagi banyak Tok Guru yang boleh. Moga-moga ilmu yang baik dapat dikongsi bersama, buat tabungan saham akhirat kalian dan saya.

Percayalah, mengutip ilmu fasilitator bukan semata-mata untuk disampaikan kepada orang lain. Tapi buat bekalan diri sendiri juga. Di sini, anda akan belajar perihal Komunikasi yang baik, mentajamkan keyakinan diri untuk melahirkan dan membicarakan idea, memupuk skill kepimpinan, mentajamkan minda agar lebih kreatif, pendek kata, membentuk diri anda untuk menjadi seorang manusia yang hebat!

Ini Dakwah Cara Kita. Terima Kasih UPG dan Faciteam kerana buat saya maju setapak lagi. Alhamdulillah. Syukur.

Gambar-gambar di bawah semasa TOF II anjuran UPG Melaka, pada 17-19 Dec, di Botanical Garden Ayer Keroh.
Trainer perlu berwajah manis.hehe
Aktiviti berdiri di atas telur. Menarik.
Ehem ehem.
Serius nampaknya.
Membuat konklusi di akhir kursus.
Bersama jurulatih, komiti dan peserta program.
The Awesomes.
p/s: Perkongsian ilmu dan pengalaman tentang kefasilitatoran saya tawarkan secara percuma. Tiada pengeras yang dikenakan. Kecuali hati yang ikhlas untuk berkongsi ilmu. Insyaallah.

4 ulasan:

ladyLOVESleisure berkata...

salam adikku manis,

memang saya berbesar hati punyai adik yang semacam kamu -- sentiasa berkerja keras ke arah kebaikan dan kemajuan. i wish i did all this when i was in college/younger. tapi tak mengapa lah, i will live my life vicariously through you. let me know if i can help you with anything Xxx

Najlaa berkata...

salam kakakku manis,

sy juga berbesar hati punyai kakak mcm kamu. sentiasa rajin belajar mencari ilmu tanpa kenal erti jemu, buat bekalan masa depan. i wish i would be as good as u, sister. thanx for always being there for me. xoxo!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. ini adalah usaha dan penat lelah kita sama2 dlm memajukan facilitator. terima kasih kpd gadis najlaa a.k.a bekas mantan UPG yg ssh pyh memantapkan faci team.. i wish upg faci team akan sentiasa maju kehadapan dan tidak mensia2 kan peluang yg sentiasa ada didepan mata..

All the best to u =)

Najlaa berkata...

Thanks to u and all d best to u too!