Isnin, 10 Disember 2012

Law students: Kita perlu bergegas.

Apa khabar agaknya jiwa-jiwa kita pada waktu ini? Adakah kering kontang atau sedang basah dengan rasa-rasa kecintaan terhadap Allah swt, Muhammad saw dan Islam seluruhnya? Tepuk dada, tanya iman.

Maaf atas kesepian saya terhadap blog ini yang lama. Bukan berniat berhenti dalam penulisan cuma sibuk menguruskan kehidupan. Mencari rentak yang tidak kengkang, bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, perjuangan harus terus.

Alhamdulillah, cabaran demi cabaran telah dilalui. Mahu atau tidak, kita perlu hadapi. Setiap kali cabaran yang datang, pilihan ada pada kita sama ada untuk berundur atau perlu jalan terus. Dan apabila memilih untuk berjalan terus, kita ada pilihan untuk berjalan lemah longlai atau secara bergegas. Jika anda tanya saya, saya fikir kita perlu bergegas.

Melihat seorang demi seorang selebriti atau 'public figure' berhijrah, apakah yang kita rasa? Cukupkah kita sekadar memuji dari kejauhan dan membiarkan kita selesa di takuk lama? Tiadakah usaha dari pihak kita untuk memperbaiki ilmu dan akhlak? Oh sayangnya. Kita melakukan pembaziran masa yang membuak-buak. Senang kita membuang masa tanpa tersedar betapa kita perlu bergegas.

Akhir-akhir ini saya diajukan beberapa soalan dari adik-adik dari bidang undang-undang. Antara soalannya seperti bagaimana untuk belajar dengan baik dalam bidang undang-undang, bagaimana untuk mendapatkan tempat menyambung Masters, dan tidak lupa juga komen-komen simple sekadar menyampaikan harapan agar laluan mereka untuk cemerlang, ber-chambering dan seterusnya ditauliah sebagai Peguam tercapai.

Respons awalan dari saya, insyaAllah akan tiba masanya semua cita-cita kalian menjadi kenyataan. Yakinlah kepada Allah swt kerana Dia yang merencanakan semuanya. Dan Dialah yang mendengar segala permintaan dan permohonan sekaligus meluluskan segalanya. Besides, usahalah sekuat-kuatnya. Kerana Allah swt sangat suka pada hambaNya yang kuat berusaha dan tidak kenal erti putus asa.

Kalau kita kerap gagal lalu mencari sebab dengan mengatakan 'buat law ni susah lah! tak macam course lain..', ketahuilah bahawa kitalah orang yang patut rasa malu. Dengan memberi alasan begitu, kita menjelaskan kepada umum betapa kita tidak bijak. Mengapa? Kalaulah undang-undang ini benar-benar susah dan tidak se-kacang kursus-kursus lain, bagaimana setiap tahun ribuan peguam ditauliah? Bagaimana setiap tahun bilangan firma guaman kian bertambah? Adakah ini indikasi yang membenarkan alasan kita? Tidak, adik-adik, sahabat-sahabat. Maka, apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu bergegas mencari rentak terbaik dalam mencari jaya.

Perlulah kita tanya pada diri kita sebelum alasan demi alasan kita taburkan. 'Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh??'. Orang lain tu ada super-natural power kah? Orang lain tu ada 2-3 otak terlebih daripada kita kah? Orang lain tu ada tanam mesin photostate dalam kepala otak dia kah? Semua jawapannya tidak.

Tetapi mungkin orang lain itu rajinnya lebih dari kita? Atau usahanya berlipat kali ganda? Atau orang lain itu tidak suka membuang masa dan bersenang lenang seperti kita? Barangkali jawapannya Ya. Dan jelaslah, kita perlu bergegas mengejar mereka.

Di hujung hari nanti, kita yang merasa semuanya sendiri. Sama ada kita mahu tersenyum melompat gembira kerana berjaya bergraduasi bersama kawan-kawan sekuliah, atau kita monyok menunggu bilalah agaknya masa kita akan tiba sambil-sambil menonton kegembiraan kawan-kawan lain. Kita pilih.

Kita pilih sama ada kita mahu gembira ditauliah sebagai peguam bersama rakan-rakan seperjuangan lain atau kita selesa keciciran di belakang. Dan seterusnya kita pilih adakah kita mahu menjadi yang terakhir sekali menggagau keseorangan mendalami seksanya ber-chambering tatkala rakan-rakan lain sudah selesa duduk di kerusi peguam di mana-mana firma guaman dalam negara. Kita mahu yang mana?

Pendek cerita, semuanya memang kedengaran sukar. Namun, tiada satu pun yang kedengaran mustahil.

Mungkin semuanya kedengaran seperti masalah, namun hakikatnya masalah tiada melainkan kita pilih untuk cipta. Yang ada pastinya cabaran. Namun, cabaran itu yang mendewasakan dan membantu kita untuk melepasi peringkat demi peringkat kejayaan.

Adik-adik yang sedang berjuang dalam bidang undang-undang, there are thousands of law students out there who always strive hard to be the best, and ask yourself do you choose to be among the best or you are comfortable to be just an average person?

And there are thousands of lawyers out there, ask yourself, where and how do you want to position yourself within the community?

Bergerak pantas, bergegas, pasti ada tempat istimewa untuk kalian! Selamat maju jaya. Wassalam






Isnin, 24 September 2012

Jadilah si hensem yang bijaksana!

Sempena musim peperiksaan akhir di MMU, saya mencari semangat untuk menulis di blog ini. Lama tidak berkongsi inspirasi, bukan kerana sombong meninggi diri. Cuma kesibukan dalam kehidupan hari ini yang sedikit menyekat peluang untuk berkongsi dan sekatan paling utama, tidak lain tidak bukan adalah MASA

Alhamdulillah, pejam celik sudah hampir setahun saya menutup tirai sesi pembelajaran di MMU, dalam jurusan Undang-undang secara khusus. Banyak yang dipelajari, banyak yang dibenci, banyak juga yang dirindui. Setiap kali musim peperiksaan, tiba-tiba menjadi rajin serta-merta sehingga sanggup ‘stay up’, sanggup lewat makan, sanggup deactivate Facebook dan sebagainya. Kenapa? Kerana situasi memaksa. 

Kita memang dididik dan dicerahkan dengan ideology untuk study di saat akhir. Alasannya kerana tak sempat nak study dari awal atau kalau study di akhir-akhir baru ada mood dan dapat ‘feel’. Benarkah? 

Sehingga hari ini saya sendiri masih belum berjaya merubah habit study di saat-saat akhir ini. Alhamdulillah, setakat pengalaman 5 tahun belajar di MMU sebelum ini, study di saat akhir sedikit-sebanyak boleh juga membantu untuk menjawab peperiksaan dengan baik. Cuma jika study lebih awal, pastinya beroleh keputusan yang lebih baik, bukan? 

Pada hemah saya, tidak menjadi masalah untuk study sedari awal kelas bermula ataupun di saat akhir sekiranya kita benar-benar mengenal potensi diri serta tahu kesibukan kita sendiri. Makna kata, jika kita tahu bahawa kita mengalami masalah untuk memahami sesuatu dengan cepat dan untuk memahami sesuatu kita perlu untuk mengulangi pembacaan beberapa kali, maka eloklah kita mengulangkaji dari awal. Setidak-tidaknya sediakan nota ringkas atau ‘mind map’ untuk kemudahan sesi pemahaman kita. Tetapi jika kita sanggup ‘kamikaze’, study di saat akhir dan yakin diri sendiri mudah untuk ‘tangkap’ atau memahami sesuatu dengan agak pantas, dipersilakan untuk study di saat akhir. 

Contoh Mind Map. [Kredit gambar]

Ketika belajar di MMU dulu, saya mempunyai seorang housemate merangkap classmate yang sangat tekun dan sistematik di dalam belajar. Setiap subjek dan setiap chapter, dia pasti akan menyediakan nota ringkas berbentuk Mind Map seawal yang mungkin. Jika topik tersebut dipelajari dalam hari ini, selewat-lewatnya sekitar hujung minggu Mind Map untuk topik tersebut pasti sudah tersedia. Saya selalu juga mengusiknya, ‘You ni skema lah! Rajin gila!’. Dia selalu menjawab, ‘You tak pelah you boleh catch up kalau study last minute. I tak boleh. I kena baca banyak kali Mek untuk faham’

Saya masih ingat ketika saya Foundation sehingga Tahun Satu di peringkat Ijazah, saya sangat rajin menyedia Mind Map. Ketika itu sahabat saya ini selalu bertanya bagaimana untuk menyediakan Mind Map. Saya berkongsi dengannya dan nyata dia mengaplikasikannya sehingga semester akhir tahun akhir di MMU. In fact, di saat saya sudah mula perlahan-lahan tidak konsisten dalam penyediaan nota ringkas, dia tetap istiqamah di dalam sistemnya. Hasilnya, walaupun dia merasakan dia tidak lekas ‘tangkap’, dia mendapat keputusan yang jauh lebih baik. 

Kenapa? Kerana inilah janji Allah swt bahawa Dia akan memberi kita setimpal dengan usaha kita. Kini sahabat saya tersebut sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang Sarjana. Hebat bukan? 

Mengenali potensi diri memang penting namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita memberi ‘diskaun’ dalam usaha kita untuk menjayakan sesuatu. 

Selain daripada itu, kita perlu meletakkan diri kita di dalam persekitaran yang sihat. Bererti, sekiranya mahu cemerlang dalam peperiksaan, perlu membuat persediaan bersama-sama dengan orang yang berusaha untuk cemerlang. Mahu atau tidak kita perlu percaya dengan aura atau cas-cas positif yang dapat kita terima daripada orang-orang sekeliling yang positif. Melihat teman sebelajar study dengan penuh bersungguh-sungguh, kita akan terpanggil untuk bersungguh-sungguh juga. Namun jika kita membiarkan diri kita dibuai dengan suasana malas dan lesu daripada orang sekeliling, sama seperti kita mempersiapkan diri kita untuk mendapat keputusan yang lesu juga. 

Fungsi sahabat sangat besar. Bukan semata untuk bercerita masalah ataupun menjadi teman berborak bila gembira. Bukan juga cukup sekadar menjadi teman pergi makan dan lepak minum. Tetapi fungsinya lebih daripada itu. Kita perlu mencari sahabat/teman yang boleh mengejutkan kita dari lena yang panjang. Musim peperiksaan menjelang, kita masih bermalas-malasan, teman-teman sudah mula mengangkat senjata untuk berperang namun dilihatnya kita masih lena, mereka sekadar berlalu pergi meninggalkan kita dengan mimpi kita di siang hari. Kata mereka di dalam hati, ‘Ah! Lantaklah. Janji aku study!’. Persoalannya, adakah mereka sahabat yang benar-benar sahabat? 

Jawapan saya, mereka bukan! Mereka hanya kawan. 
Jadi, sahabat itu bagaimana? 

Sahabat itu ialah apabila mereka melihat kita masih lena dalam mimpi siang hari kita di saat musim ‘kecemasan’ telah tiba, mereka akan menjadi orang paling gigih mengejutkan kita dari lena. Mereka akan menjadi orang yang sudi memujuk kita untuk sama-sama bersiap sedia untuk mengangkat senjata. Mereka akan tidak sedap duduk untuk study dan cemerlang sendirian tanpa melihat kita berjuang bersama. Lebih indah lagi bila mereka berkongsi segala ilmu yang mereka punya di saat kita sangat-sangat memerlukan pencerahan daripada mereka. 

Dalam erti kata lain, kalau teman kita itu kedekut ilmu, saya berani katakan, dia bukanlah sahabat yang benar-benar sahabat. Kalau dia cemburu melihat kita berjaya, dia bukan sahabat. 
Tetapi, kalau dia bangga dan gembira dengan keputusan baik kita, dia seorang sahabat. 

Jadi, sudah jumpa atau masih tercari-cari? 

Sekiranya mahu berjumpa dengan sahabat yang benar-benar sahabat, maka kita perlu menjadi sahabat yang dicari-cari itu terdahulu. 

Atau bagaimana? 
Tepuk dada tanya selera. 

Teringin diri ini berkongsi tips untuk belajar dan cemerlang, namun menyimpan hasrat memandangkan diri ini bukan pelajar cemerlang.hehe 

Selamat maju jaya untuk kita semua. Semoga redha Allah swt sentiasa mengiringi tiap langkah kehidupan kita. Wallahualam. Wassalam

p/s: Kini adinda saya meneruskan perjuangan belajar di MMU. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu wahai Ahmad Azharul Nizam. Jadilah si hensem yang bijaksana! ;)

Rabu, 29 Ogos 2012

Legal Aid - It's a wrap.

Alhamdulillah, entry baru muncul setelah blog ini hampir bersawang. Kesibukan dan kecemburuan masa menjadi punca blog ini tidak saya manfaatkan sebaiknya. Semoga keampunan Allah menyebelahi saya.

Legal Aid Programme saya semakin menghampiri penghujung. Hari ini siang tadi hari terakhir saya dapat menembusi tembok besar penjara secara sah dan halal. Minggu depan minggu terakhir tugasan legal aid yang mana tiada lagi sesi ke penjara, cuma tinggal untuk follow up.

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang namun saya copy-paste kan di sini status FB saya yang saya tulis sepulangnya saya dari penjara hari ini. Semoga ia memanfaatkan kita semua dan semoga di akhirat nanti apabila di soal kepada saya, zaman muda saya dihabiskan bagaimana, sekurang-kurangnya saya dapat menjawab, berblogging perkara yang bermanfaat. InsyaAllah. Amin. 

Status untuk Kes Rogol 1:

"Had a so tiring day in Kajang Prison. 
Heard a scary confession from a young offender age 20 today; 
"Saya memang geram dengan perempuan, saya benci tengok perempuan. Setiap kali saya menyamun, kalau ada perempuan, mesti saya rogol!" 
Ibu-ibu, bapa-bapa, didik anak-anakmu dengan rujukan Quran dan Sunnah. Jangan perjudikan nasib anak-anak dengan keseronokan kalian mengejar 'indahnya' dunia. Akibatnya, anak-anak tersalah pilih jalan, tersalah nilai pedoman, ter-rogol ter-samun anak orang dan tersumbat di kotak-kotak sel penjara. Kalau lah semua ibu bapa berkejar-kejaran mengejar bilangan anak-anak soleh dan solehah untuk mereka didik di dunia ini demi saham akhirat mereka, kan indahnya dunia."
Status untuk Kes Rogol 2:


"I had a juvenile client this morning. He is 17. He committed rape. Everytime I asked him about his family background, he seems reluctant to attend to my questions. His father is very angry. His father refused to bail him out. Poor boy. 
He confessed that he had intercourse with his girlfriend of same age few times before. The worst thing is that he is charged for committing rape against a chinese
 lady whom he randomly caught after seeing her cycling in the middle of a night. Could you believe a 17 year old boy is that horny?
 
He asked me about the possibility for him to get into the juvenile centre and he told me, if possible he wants to request for STB - Sekolah Tunas Bakti.
 
I wish I could tell him that the juvenile centre could promise him nothing good for his improvement or his future but I just couldn't. 
I am sorry but the system really need to change. Sending the juveniles into the centres is just as same as producing more talented criminals when they are free. Why? They get into the centre with 1 knowledge, they 'graduate' with thousands of knowledge of committing crime.
 
Perhaps the government can establish a more islamic/religious based juvenile centre like Raudhatus Sakinah rather than wasting money, energy etc for the unhealthy juvenile centres. 
 
If only our family member is the one who is charged for such crimes, what will we do? Have you ever think about it?"



Saya tahu status-status di atas sudah cukup panjang untuk dihadam, difaham dan dicerna. Semoga kalian membuka ruang di hati dan minda untuk 'alert' dengan kesakitan yang menimpa masyarakat kita hari ini.

Namun harus diingatkan, tujuan perkongsian bukan untuk menakutkan tetapi saya percaya adalah tanggungjawab saya untuk menjentik minda sahabat-sahabat sekalian untuk mula cakna dengan kehidupan sekeliling kita. Sungguhpun kita rasa kita sudah bijak, perlulah kita sedar bahawa besar kemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mungkin tidak begitu bijak jika kita gagal mengambil langkah bijak.

Dan, saya pohon jangan dicaci maki mereka yang telah ter-salah memilih jalan dan mengambil langkah. Kita perlu berhati-hati namun tak perlu sampai menghukum semua pesalah dengan caci maki hentaman kita. Semua orang berhak diberi peluang untuk perbaiki diri.

Wassalam

Rabu, 25 Julai 2012

Sedekah: Silalah berkongsi rezeki.


Nak baca kena senyum. ;)

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)
Petang tadi, sesampai saja saya di LRT Setiawangsa, saya menuruni tangga dengan laju. Kononnya Abah telah sampai, padahal tidak.

Laju menuruni tangga, tiba-tiba langkah bergerak perlahan tatkala melihat seorang pakcik meminta sedekah, betul-betul di tengah-tengah bahagian depan tangga. Lokasi strategik.

Sayu hati melihat. Kaki berbalut, sambil duduk di atas kerusi lipat yang saya fikir dibawanya sendiri dan sambil memegang tongkat yang di sangkut papan tanda perihal dirinya, dia tenang mulut terkumat-kamit. Berzikir, saya yakin.

Ramai yang menuruni tangga berjalan terus, sikit pun tidak ditinggalkan buat sedekah untuk pakcik ini.
Ramai juga yang menuruni tangga dengan laju, tetapi perlahan mendekati pakcik ini dan bersedekah.
Ramai juga yang memandang sayu.
Ramai juga yang memandang tak sudi. 

Biasalah. Manusia.

Pakcik ini agak familiar pada pandangan saya. Saya pernah terlihatnya mencari rezeki begini di Stesen Masjid Jamek. Banyak hari juga selepas itu saya mencari tetapi tidak jumpa.

Hari ini Tuhan temukan saya dan dia, di Stesen Setiawangsa.
Resolusi rendah kerana gambar menggunakan HP tak canggih.
'Sumbangan ehsan untuk saya Veteran Angkatan Tentera kerana sakit kanser tulang. Tolonglah tuan, bantulah saya. Akaun RHB Bank 11418300142568.'
Namanya; Zainudin bin Pareeth Kunju. 

Sementara menunggu Abah sampai, saya berdiri lebih kurang 2 meter dari pakcik ini. Saya berkira-kira, macam nak tegur, nak borak, nak tanya tapi takut pakcik ni tak layan.

Akhirnya, saya mendekati juga. Pakcik ini tenang menjawab soalan-soalan saya. Dia ceritakan sakitnya sejak 2 tahun lalu. Usianya baru 45 tahun tetapi dia mengakui dia kelihatan seperti 60 tahun kesan kimoterapi yang kerap dilaluinya. Anak sulungnya baru menjengah Tingkatan 5. Aduh, luruh jantung saya.

Saya: Pakcik tinggal di mana?
Pakcik: Depan HKL, dik. Dulu duduk menyewa di Asrama Felda tu tapi sekarang diorang dah guna asrama tu jadi tak boleh sewa situ lagi. Tak apalah, kita pun tak ada duit nak bayar..
Saya: Oh ye ke.. Pakcik duduk dengan siapa sekarang?
Pakcik: Orang rumah pakcik, dan anak pakcik 4 orang..
Saya: Oh, alhamdulillah. Jadi pakcik datang sini naik apa?
Pakcik: Naik LRT. Turun di Masjid Jamek, lepas tu naik bas nombor 30, berhenti depan HKL. Senang je, dik.
Saya: Sekarang pakcik dah habis kimo atau masih ada lagi?
Pakcik: Masih lagi.
Saya: Hospital mana, pakcik?
Pakcik: HKL. Senang. Murah, dik. RM400 setiap kali kimo. 
Saya: Oh, alhamdulillah. Ada lah rezeki pakcik tu.. Nanti pakcik buka puasa kat mana, macam mana?
Pakcik: Nanti pakcik beli air mineral. Balik rumah baru makan. Tak boleh makan sembarangan, dik sakit macam ni.

And the borak-borak session goes on sampai Abah datang dan saya mengundur diri. Sedih saya. Saya tak rasa pakcik ini menipu sebab bersama-samanya dia kepilkan surat pengesahan doktor, nombor kad pengenalan, nama penuh siap IC pun dia pampangkan sekali bersama surat-surat berkenaan yang mana dia pegang sentiasa. 

Jadi, bulan puasa yang penuh barakah ni, jomlah bersedekah. Moga besar ganjaran kita oleh Allah swt. Hari ini hari kita tolong orang, esok lusa, orang tolong kita. Allah maha adil. Jangan kedekut sangat, duit kita tak bawa masuk kubur. Kalau amal jariah, jadi hitungan sampai akhirat. So, bagaimana?

Silalah berkongsi rezeki.
Zainudin bin Pareeth Kunju. 
Akaun RHB Bank 11418300142568

Walaupun sekadar RM5, itu pun dah banyak membantu. At least barakah duit kita, kan?

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Wassalam

Rabu, 18 Julai 2012

Kerja, kerja, kerja! Bila masa untuk agama?


Saya teringat, seorang sahabat pernah meminta saya untuk menulis di blog ini tentang bagaimana untuk membahagikan masa dgn seimbang apabila telah mula sibuk dengan dunia kerja. Makna kata, kerja sibuk balik lambat, mana nak kejar waktu bersama keluarga, dan paling merunsingkan juga hal hubungan kita dgn Allah swt. Mana nak kejar solat sunat dan mengaji al Quran secara konsisten kan kalau solat fardhu pun cilok-cilok serupa koboi!.

Pastinya saya mengambil masa yang agak lama utk menulis perihal ini. Kerana memang saya bukan orang yg layak, bukan alim ulama, bukan pelajar lulusan Al-Azhar, bukan juga calon Ustazah Pilihan. Jauh sekali.

Jadi, saya memilih untuk berkongsi pendapat secara general. Agar tiada kesilapan dalam soal agama dari pihak saya.

Perlu diingatkan, seseorang itu apabila berbicara, pastinya dia hanya mampu berbicara dari lingkungan ilmu yang dia miliki. Kalau salah, sila betulkan.

Saya baru memasuki alam pekerjaan setengah tahun lalu. Pastinya bukanlah pekerjaan yg berposisi besar, cukuplah sekadar kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Hehe. Tetapi jelaslah bahawa bekerja ini bukanlah perkara mudah terutamanya dalam pembahagian masa.


Cemerlang Di Mana Saja

Saya pernah mendengar motivasi melalui radio IKIM yang mana, dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu berjaya/cemerlang, dia pasti cemerlang di mana saja. Di rumah, dia cemerlang sebagai anak, ibu, suami, isteri atau bapa; di tempat kerja dia cemerlang sebagai pekerja yg berdisiplin, berdedikasi dan amanah, dan di dalam masyarakat dia juga seorang yang prihatin dan mengambil berat tentang persekitarannya dan paling penting jika kita cemerlang di hadapan manusia, pastinya kita perlu lebih cemerlang di hadapan Allah swt.

Jadi kalau kita bagus bekerja, masuk ofis jam 8 pagi, keluar ofis jam 12 malam, kerja dipastikan beres, klien semua berpuas hati, bisnes melimpah ruah datang membanjiri, adakah kita sudah cukup cemerlang?


Hubungan dengan keluarga

Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan keluarga? Pagi-pagi ibu siapkan makanan, selepas makan pergi kerja, tengah malam balik rumah buka lampu dapur, buka saji, makan. Lepas kenyang bercampur letih, kita ambil keputusan untuk tidur dan rutin sama berulang untuk esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, dan seterusnya.

Ayuh tanya diri kita; agak-agaknya ibu bapa kita itu patung atau manusia berperasaan? Agak-agaknya mereka rindu atau tidak dengan saat-saat indah kita berborak, bergurau senda sambil menonton tv dan minum teh bersama dan paling dirindui; berjemaah bersama?

Kalau di dalam rumah yg kita diami itu ada adik-beradik lain, ok lah juga. Sekiranya tidak? Memang berdosa benar kita membiarkan ibu bapa kita rindu dengan masa kita untuk dihabiskan bersama mereka. Kita tanya diri kita, adakah kita berlaku adil?

Kredit

Hablumminallah

On top of all, perkara yang paling penting ialah hubungan kita dengan Allah swt. Apa guna kita nampak hebat di mana manusia andai di mata Allah kita hampeh-hampeh saja, kan?

Kita belajar tentang Alif Ba Ta, kita belajar Iqra' dan seterusnya Muqaddam dan setelah itu kita berkejar-kejaran untuk memulakan mengaji Al Quran. Tamat 30 Juzu' kita menunggu-nunggu ayah dan ibu kita mengadakan majlis khatam al Quran di atas kejayaan kita. Masa itu kita bangga, kita gembira tak terkira. Ayah ibu juga bangga. Kata mereka di dalam hati; "Alhamdulillah. Syukur Ya Allah kerana anakku kini telah tamat mengkhatam al Quran Mu, ya Allah".

Namun.

Semakin kita besar, kita semakin melupakan kegembiraan dan keterujaan yg pernah kita cipta dan lalui kecil-kecil dahulu.

Kita sibuk belajar di Uni, kita terlalu sibuk berprogram sehingga kita tak ada masa untuk menyulam cinta dengan Tuhan yang mencipta kita dan yang paling berhak menerima cinta kita.

Kita sibuk mengejar tuntutan kerjaya, sehingga kita lupa pentingnya untuk mengamalkan al Quran setiap hari sedangkan kita tahu akan hakikat bahawa kitab suci itulah peneman sejati.

Kita sibuk memenuhi redha manusia, kita khusyu' mengharap kita dilihat sempurna di mata semua sedangkan kita memandang sepi redha Allah walhal itulah yang paling utama, yang menjadi bekalan ke Syurga.

Lalu kita biarkan kita hanyut dek seronoknya menjadi manusia berjaya di mata manusia, tangga demi tangga jaya kita daki tetapi akhirnya hati kita tetap sepi.

Kita buntu kenapa hati kita resah dan gelisah. Kita keliru kenapa kita punyai semuanya tapi kita tak pernah rasa cukup. Kita berlumba sesama kita sehingga kita tak nampak di mana garisan penamatnya. Rupa-rupanya kita tak sedar bahawa kita tertipu dengan mainan dunia.

Dunia memang indah. Seperti bunga yang mekar kembangnya, harum baunya, dipuja semua. Lebih-lebih lagi bila kita punya rupa, kita ada gaya, kita miliki kerjaya, kita hebat di mata manusia, orang kata kita punya segalanya lantas kita lekatkan dunia di hati dan di jiwa kita. Sedangkan agama mengajar kita cukuplah sekadar hal dunia di letak di tangan. Bukan di hati.

Namun kita juga perlu sedar bahawa bunga yang mekar kembangnya, harum baunya itu, bersifat sementara. Kita tertipu dengan cantik dan indahnya yang bersifat sementara. Esok lusa ia layu, kita pandang tak sudi, bau lagilah tak ingin.


Cuba perlahan-lahan, dakap jadikan teman.

Jadi apa kata kita sedarkan diri sendiri sebelum terlambat. Memang seronok berjaya dan capai semuanya, tapi lebih seronok jika kita berjalan seiring dengan kejayaan kita di mata Dia.

Kita masih boleh ubah sebelum terlambat. Kita boleh cuba limitkan waktu kerja di pejabat, limitkan masa berprogram, dan limitkan masa untuk hiburan. Sebab seharusnya kita yang menguruskan keadaan, bukan keadaan yang menguruskan kita.

Perlahan-lahan kita cuba dan yakinlah bahawa tiada apa yang mustahil. Memang letih balik dari kerja, sehari suntuk menghadap komputer dan segala jenis dokumen yang memeningkan kepala, tambah pula kita punyai bos yang banyak karenahnya. Tetapi kalau kita tidak mencuba untuk membuat perubahan untuk bertatih-tatih jadikan al Quran sebagai teman, sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya.

Cukupkah kalau kita sekadar menumpang rasa kagum melihat indahnya akhlak orang, melihat hebatnya semangat orang dalam mendekati Allah swt?. Kita tengok orang yang amalannya terjaga, kita kata ‘sejuk mata memandang, kan? Untungnya siapa dapat jadi suami dia..’. Bila pula kita nak menjadi seperti dia yang kita puja?

Jadi secara kesimpulannya, mari kita usahakan perlahan-lahan. Tambah-tambah lagi Ramadhan sudah terlalu dekat. 2 hari sahaja lagi. Ambil kesempatan ini untuk menjadi hamba cinta kepada Allah swt.

Kita cuba buat perkara simple dahulu seperti:
  • Bangun pagi, Solat Subuh seperti biasa.
  • Selepas siap ke tempat kerja, curi masa 5 minit untuk Solat Sunat Dhuha
  • Dalam perjalanan pergi kerja, curi masa baca al-Maathurat. Kalau memandu kereta, mungkin boleh ambil inisiatif membeli CD zikir-zikir al-Maathurat dan boleh baca seiringan. Kalau naik LRT, sambil berdiri peluk tiang boleh baca. Jangan risau kalau orang kata kita gila, mulut terkumat-kamit. Yang penting Allah sayang kita. 
  •  
  • Sampai ofis, bekerja seperti biasa. Kerja itu amanah. Solat Zohor dan Asar juga seperti biasa. 
  • Kalau ada masa selepas Solat Asar, baca al-Maathurat sekali lagi untuk doa petang. Sekiranya tidak, boleh curi kesempatan semasa perjalanan pulang dari kerja. Sama seperti konsep di sebelah pagi. 
  • Balik rumah, santai bersama keluarga. Berborak, berkongsi cerita, apa saja, terpulang. Masa dengan keluarga diisi di sini. 
  • Sebelum solat Maghrib, bersihkan diri kasi segar. Kemudian solat Maghrib
  • Selepas solat Maghrib, jangan terus tengok TV walaupun macam-macam rancangan menarik menguji diri. Cuba buka al-Quran, mengaji satu muka buat permulaan. Biar sikit-sikit janji konsisten. Selepas mengaji, tunggu sebentar azan Isya’. Kemudian terus solat Isya’
  • Selepas selesai, boleh lah enjoy bersama keluarga. Tengok TV ke, makan Twisties ke, pergi lepak minum ke, apa-apa saja. Asalkan yang atas-atas tu selesai sudah. 

Eh, macam poyo gila menulis bajet alim lettew!

Memang tak alim pun. Ilmu pun seciput cuma. Menulis di atas untuk mencabar diri sendiri. Kalau ada formula lebih baik, boleh lah kongsikan dan selamat mencuba untuk kita semua!

Wallahualam.

Wassalam

Jumaat, 29 Jun 2012

Legal Aid - Kongsi Pengalaman

Saya selalu meyakinkan diri bahawa saya tidak perlu untuk berada dalam golongan 'practitioner' di dalam bidang undang-undang ini. Barangkali kerana saya muak dengan isu saman menyaman kerana, wang, harta dan nama. Khususnya dalam hal Sivil. Bosannya, hanya Allah swt saja yang tahu.

Perasaan dan pandangan ini selalu saya kongsikan dengan seorang teman seperjuangan di dalam bidang sama. Hebat, dia juga merasakan perkara dan perasaan sama. Namun, semenjak dua menjak kami memulakan tugasan 'Legal Aid' atau 'Bantuan Guaman' kami, kami mula perlahan-lahan membuka mata. Malah dia sendiri berkata kepada saya; "sekarang saya tahu kenapa kita di sini, dalam bidang ini, hari ini. Kerana legal field ini memerlukan kita, Fateen.."

Berapa ramai antara kita yang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, bekerja yang bagus-bagus, dapatkan gaji yang lumayan dan mewah, mendirikan tangga yang grand-grand dan the list goes on. Sehingga kita terlupa, di ruang mana dapat kita selitkan sedikit sumbangan kepada masyarakat, kan? Ramai antara kita berfikiran, andai aku dapat sediakan segalanya untuk anak-anak dan isteri aku (keluarga seluruhnya), pasti mereka akan senang dan bahagia, dan aku juga senang jiwa. 

Tetapi ada tak kita fikir bahawa kesenangan dan kemewahan yang kita beri belum tentu menjamin kebahagiaan kita dan mereka sebenarnya. Kita mungkin mampu menyediakan segala-galanya tetapi kita terlupa bahawa dunia di luar sana terlalu menduga dan menggoda sehinggakan anak-anak kita nanti, andai tidak kuat jiwanya boleh tersungkur ke dalam lembah hina. Jangan sehingga waktu itu tiba, kita mula menggaru kepala dan bertanya kepada diri sendiri; "masa aku senang, kaya, apa aku buat untuk bantu masyarakat?"

Legal Aid - Kongsi Pengalaman

Berkongi sedikit pengalaman dalam menjalani Bantuan Guaman, Selasa lalu saya tidak ke Penjara tetapi menjalankan follow-up untuk kes-kes yang diambil minggu sebelum itu. Tidak banyak yang dilakukan, setakat menghubungi keluarga tertuduh sekiranya diminta melakukannya. 

Saya sempat menyediakan senarai nama pesalah yang memerlukan khidmat bantuan guaman yang kemudiannya perlu dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ini saya perlu jelaskan bahawa, dalam 35 senarai nama, saya boleh kata bahawa 32 daripadanya adalah Melayu dan selebihnya India. Setakat ini saya masih belum menjumpai pesalah warga Cina. Malah jika dilihat ketika di penjara sekalipun, saya yakin statistik menunjukkan kaum Melayu memonopoli kehidupan 'serba indah' di penjara dan diikuti kaum India dan kaum Cina. 

Ini menjadikan saya dan sahabat tertanya-tanya, 'di mana silapnya?'.

Sahabat saya yang menjalani program 'Dock Brief' di Mahkamah sempat berkongsi pengalamannya dengan saya. Yang paling menambat hati dan jiwa adalah perihal pesalah muda atau bawah umur. Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan yang mana tertuduh adalah golongan muda-mudi, muda remaja, sebenarnya bukanlah rogol tanpa rela. Saya tekankan, kebanyakan. Bukan semua. 

Eh, kalau rela, macam mana boleh jadi rogol?
Ya, ini perlunya pengetahuan am. Sekiranya si perempuan berusia 16 tahun dan ke bawah, sama ada dia rela atau terpaksa, hubungan seks yang berjalan ini dinamakan rogol. Statutory rape. 

Kebanyakan remaja kita si jejaka yang dituduh melakukan rogol menjadi mangsa pasangan suka-sama-suka sendiri. Setelah sudah sama-sama syok, terkantoi pula kerana ibu bapa dapat tahu, maka untuk menutup aib, ibu bapa membuat laporan polis menyatakan anaknya dirogol dan nah, bila anaknya sah-sah di bawah umur, 'all the best' lah untuk teman si anak yang sama-sama seronok berkongsi katil. 

Adil? No comment.

Saya tak masuk dalam-dalam pun.

Sahabat saya sempat berkongsi juga satu adegan lawak yang terjadi di Mahkamah. Seorang remaja lelaki 17 tahun di tuduh merogol kekasihnya yang berusia 16 tahun. Sikit lebih kurang seperti situasi yang saya jelaskan di atas. Remaja lelaki ini telah membuatkan gadis 16 tahun ini mengandung anak luar nikah. Yang menyedihkan, remaja lelaki ini pernah membuatkan seorang gadis lain mengandung anak luar nikah sebelum kes ini. Bila nak insaf, agaknya? 

Yang membuatkan saya tergelak kecil apabila sahabat saya berkata, remaja lelaki ini sempat berusaha menjelaskan kepada Court's Interpreter bahawa; "Kak, masa saya main dengan dia hari tu, saya tak masuk dalam-dalam pun.".

Garu kepala kita dibuatnya, kan? Apa yang cuba disampaikan? Stress saya dibuatnya.

Seronok pula berkongsi cerita. Mari saya kongsikan satu cerita lagi. 


Saya dengar Abu dan Ina tengah 'main'.

Satu hari ketika saya membelek-belek Kertas Temuduga pesalah di penjara, saya sempat membaca beberapa fakta kes yang saya fikirkan menarik dan baik untuk mengetuk minda tentang bahayanya penyakit sosial kita waktu ini. 

Seorang pesalah muda memberi keterangan kepada salah seorang rakan sekerja saya. Sikit lebih kurang begini:
"Malam tu saya tengah lepak kat rumah Abu. Lepas tu Abu balik naik motor bawak Ina sekali. Tak lama lepas tu kitorang [saya, Abu dan Ina] masuk bilik tidur Abu. Lepas lebih kurang 10 minit dalam bilik tidur, Abu tutup lampu. Bilik gelap. Tak lama lepas tu handphone saya berbunyi, handphone saya bercahaya. Masa tu saya nampak Abu dengan Ina dah bogel. Lepas tu saya dengar Abu dengan Ina tengah 'main'. Lepas main tu Abu bangun, saya sound Ina saya cakap, "Aku takkan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi antara kau dengan Abu!". Tak lama lepas tu kitorang hantar Ina balik rumah dia." [semua watak bukan nama sebenar]

Well, bila baca fakta kes memang rasa macam nonsense gila, tapi perkara sebegini berlaku. Remaja yang dituduh tersebut ditangkap sekali kerana dipercayai melakukan perkara sama ketika dia melaporkan kejadian tersebut di balai polis. Akibat diragui ke-innocent-an nya, maka pihak polis menahannya sekali.
Contoh 1: Sumber google
Contoh 2: Sumber google
Contoh 3: Sumber google

Saya menulis entry ini bukan untuk bersifat lucah. Jauh sekali untuk menyebarkan keindahan seks, tidak. Itu bukan tujuannya. Saya berkongsi cerita dan pengalaman agar sama-sama kita mendapat pedoman dan sedar bahawa masyarakat memerlukan kita yang sedar untuk melakukan sesuatu. Kalau tidak mampu dengan tangan, mungkin dengan wang ringgit, kalau tidak mampu juga, mungkin dengan doa.

Kita perlu lakukan sesuatu hari ini supaya kelak anak-anak kita tidak terkandas di dalam fenomena 'seram' yang sama seperti anak-anak muda yang tersangkut di dalam penjara hari ini. 

Dunia ini cukup adil. Kalau kita berusaha, kita diberi habuannya. Kalau kita lupa, kita pasti 'diingatkan' Dia. Saya tak mahu kita sudah terhantuk baru terngadah.

We got to do something, aren't we? 

Wassalam

Rabu, 20 Jun 2012

Di sebalik penjara.


Kitab untuk 14 hari Legal Aid Duty

Alhamdulillah, minggu pertama Legal Aid Duty saya telah selamat dijalani dengan sungguh ohsem sekali. Sukar untuk diceritakan dengan kata-kata tapi akan diusahakan juga. Dengan tujuan; untuk memeriahkan blog sendiri dan untuk berkongsi pedoman bersama.

Saya tak mampu nak ceritakan secara details sebab otak saya sendiri memang tak tahan karat, terlalu cepat berkarat. Tapi personally, ini pengalaman baru untuk saya dan juga rakan-rakan lain. Alhamdulillah saya rasa saya tidak salah dalam memilih tugasan ini dalam banyak-banyak pilihan lain yang ada. This is what I want to hear and see. 

Tugasan kami tak lah sesukar mana. Sekadar menemuduga pesalah/tertuduh, tanya sama ada mahukan khidmat bantuan guaman, tanya sama ada mahu mengaku bersalah atau minta dibicarakan, etc etc. Mendapatkan maklumat bukan perkara sukar. Yang sukarnya ialah berperang dengan emosi sendiri dalam berhadapan dengan mereka. Kepala botak, muka bengis atau hati kering, tangan bergari, berpakaian seragam banduan, etc etc. Cabaran, bukan?

Selama ini hanya lihat dalam TV, kali ini berhadapan secara sendiri. Sungguh ini satu nikmat kehidupan buat saya.

Penjara Sg. Buloh  - Selasa, 19 Jun 2012.


Pertama kali melangkah kaki memasuki penjara, rasa macam, 'eh, betul ke ni?'. Tapi belum suspen lagi masa tu, kira cool lagi lah. Mujur saya ada Shahira, (rakan sekelas selama 5 tahun di MMU) sebagai teman untuk berborak sakan. Masuk je pintu besi, perkara pertama sekali yang berbeza ialah, bau. Ya, bau nya berbeza. Bau hapak, masam. Walaupun itu bukan kawasan banduan tinggal. Itu hanya kawasan bilik-bilik pegawai. Tapi memandangkan itu adalah laluan keluar masuk, maka mungkin bau itu tak dapat lari. 
Shahira peace sebelum masuk pintu besi pertama.
Kemudian, barang-barang perlu disimpan dalam locker. As usual, no handphone, no benda-benda tajam dan seangkatan dengannya. Selepas dilakukan body checking ke atas kami, so kami melalui satu lagi pintu besi. Melalui pintu besi kedua baru terasa dup dap dup dap. Shahira pun bersuara, 'Mek, aku nervous dohh!'. Ya, saya pun mengangguk dan bersetuju lalu berkata, 'cuak weh..'.

Tapi, menjadi seorang yang profesional, kita perlulah berlagak profesional. Apabila lalu di hadapan ruang menunggu untuk banduan, melihat rata-rata rambut sama botak, uniform sama, malah selipar pun sama, dan pada masa itu muka rasa kebas. Nak senyum ke nak buat muka apa ni?hehe.

So basically di Penjara Sg. Buloh kami interview tertuduh-tertuduh di ruang kantin yang mana tidak seperti di dalam drama TV. Setiap seorang daripada kami diberi seorang klien pada satu masa. Means, it's one to one communication. Tiada cermin, tiada gagang telefon seperti di dalam drama. Hanya ada kerusi yang kami duduki, meja kantin dan diri-diri kami. Banduan tangan di gari, kami tangan memegang pen. Dan kawalan ketat daripada warden penjara, seperti di dalam drama TV. 

Kerjasama mereka baik. Jangan tanya mereka berdosa atau tidak, pada saya itu bukan tugas kita untuk menjatuh hukum. Cukuplah kita belajar daripada kisah kehidupan mereka. 

Klien yg sempat saya interview di Sg Buloh ada 2 orang. 1; kesalahan samun. Seorang bapa, mempunyai 3 orang anak yang mana semuanya bersekolah. Sebelum ini mempunyai sejarah memasuki Simpang Renggam atas kesalahan sama. Jadi, apa komen anda? 

2; seorang bapa berusia tua setahun daripada saya. Tetapi telah bercerai. Mempunyai ibu yang menghidapi penyakit jantung yang mana sepanjang tertuduh ditahan, ibu yang sakit ini menjaga anaknya. Kesalahan; bersubahat dalam memiliki barang curi. Ditangkap setelah baru 3 hari bebas dari Penjara Kajang. Apa komen anda?

Saya taknak cerita pasal klien saya tapi saya nak cerita tentang environment di dalam sana yang pada saya lebih menginsafkan. Ketika masuk ke dalam pintu yang mendekatkan kami dengan para banduan, saya sebagai seorang observer yang rakus memandang ke kiri dan kanan. Maka saya melihat banduan yang cuba menakal dengan mem-'fewwit-fewwit' kami di tengking oleh warden penjara di sebelah kanan laluan kami dan saya melihat banduan-banduan tua yang saya fikir lebih kurang usia Abah saya sedang menghadiri Kuliah Agama di satu ruang yang berbeza. Maka saya tersentuh. Aduhai, apalah nasib pakcik-pakcik ini menghabiskan usia di tempat sebegini. Apa agaknya salah mereka dulu, ya?

Selepas selesai tugasan kami, kami diberi makan tengahari di ruang kantin yang sama. Yang serve makanan kami adalah juga banduan, pada hemah saya yang diberi kepercayaan untuk menguruskan dapur. Nampak nur di wajah mereka, senyuman manis, dahi bertanda. Benar, tanda di dahi bukan bukti kuatnya iman seseorang. Tapi setidak-tidaknya, sejuk mata memandang mereka. Mungkin tempat mereka dilihat hina oleh kita, namun di sisi Allah, kita tak tahu, kan? Kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. 

Penjara Kajang - Rabu, 20 Jun 2012.

Untuk sepanjang Legal Aid, schedule untuk kami ke Penjara Kajang hanya 2 kali setiap seorang. Pergerakan mengikut jadual yang disusun. Kalau di Penjara Sg. Buloh, kami 25 orang akan bergerak dan menjalankan tugas sekali. Tapi untuk Penjara Kajang, susunannya hanya 6-7 orang setiap kumpulan. Berbeza kali ini kerana di Penjara Kajang, pesalah-pesalah adalah Young Offenders dan juga Wanita. Bukan seperti di Penjara Sg. Buloh, untuk kes-kes yang kami uruskan.
Pintu besi. Silalah masuk kalau sudi.
Pagi tadi, semasa kami menunggu di luar pintu besi, kami ber-enam seperti berlegar-legar diruangan petak kuning (seperti di dalam gambar di atas). Kemudian keluar seorang pegawai penjara berkata, 'minta tepi sikit dik. Bas nak parking sini, nak bawa banduan gantung'. Saya seperti, 'what?? gantung?? maksudnya apa?'

Lalu bas tersebut parking dan pintu besi dibuka dan keluarlah beberapa orang banduan, tangan bergari bersama pegawai penjara menaiki bas. Muka memang ranggi habis. Bengislah senang cerita. Tapi saya berdiri sebelah pokok buat gaya relax macam tak ada apa-apa. Padahal dalam kepala ni fikir macam-macam. Saya bukan fikir, 'eh diorang boleh serang aku ni!'. Bukan! Bukan! Saya fikir, 'apa yang mereka buat sampai dapat hukuman gantung? bunuh? bunuh siapa?. Habis family mereka bagaimana?'.

Ok, bila masuk pintu besi, again the same smell is there. Walaupun penjara lain-lain, bau tetap sama. Saya labelkan ia sebagai 'the smell of prison'. And then the same procedure we gone through except for today tiada body checking untuk kami yang perempuan kerana tiada pegawai wanita yang bertugas tadi kelihatan. hehe. 

This time, environment tempat kami temuduga berbeza. Sedikit seperti dalam drama TV. Ada cubical, ada cermin yang memisahkan kami dan tertuduh tapi tiada gagang telepon seperti dalam drama.hehe. Cuma, tangan mereka tak bergari. Rambut mereka tetap sama botak, baju mereka, selipar mereka seragam. Itu berdasarkan pemerhatian saya. Sefahaman saya, mereka pesalah Juvana/Young Offenders yang mungkin kurang kecenderungan untuk lari dan mencederakan. Tambah lagi ada yang belum ke mahkamah untuk bicara. Baru sampai tahap sebutan. Fresh.

Sebab jiwa saya lebih tersentuh dan teruja bila berkisarkan tentang juvana, remaja, anak-anak, maka kali ini saya kongsikan kisah klien-klien saya.

Klien 1.

Saya: Assalamualaikum. Sihat?
Dia: Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. *Sambil senyum manis*
Saya: Umur berapa ya?
Dia: 20 tahun, kak. 

Dan komunikasi dua hala diteruskan untuk 30minit. Antara part yang menyentuh hati saya:

Saya: Tahap pendidikan, dik? (Sebab saya kena isi maklumat dalam borang)
Dia: Saya sekarang tengah study TESL kak di U**. 
Saya: *Aduhai, kenapalah kau kat sini (dalam hati)*
Dia: Kak,.. kalau saya kat sini, kena buang U** ke? (Mata dia mula berkaca). Kak, kalau boleh saya taknaklah kena buang. Saya tak salah, kak. Saya tak tahu apa-apa pun pasal dadah tu. 
Saya: Sekarang ni Uni adik tengah cuti ke? Pihak U dah tahu ke?
Dia: Tak tahu lagi kot. Mak saya kata, dia cuba bincang dengan IO, kalau boleh minta kerjasama jangan maklum pada pihak U**. 
Saya: Ok, bagus. Kawan ada yang tahu?
Dia: Tak. Saya taknak bagitahu.

~Bla. bla. bla. Malas nak cerita panjang lebar~

Saya pendekkan kisahnya, saya taknak komen dia bersalah ataupun tidak. Cuma nak kata, nasib tak menyebelahi dia. Yang sedihnya, ayah dia baru meninggal bulan 5 hari tu, masa tu dia dah ambil cuti lama. Kemudian kakinya retak, cuti lama lagi. Kemudian di kembali ke U**, baru masuk balik kelas 2 hari. Kemudian kawan call ajak lepak, hang out, dia pergi. Sempat lepak di hotel yang abang kepada kawannya check-in. Just before check-out, bilik hotel kena serbu, polis geledah hotel, jumpa ganja bawah tilam. Maka, tersangkutlah dia sekali. 

Mari kita fikir sama, apa agaknya perasaan ibunya apabila dihubungi memaklumkan anaknya kini ditahan kerana ditangkap bersama dengan dadah? Mampukah ibunya merawat luka dihati sendiri, dahlah baru kehilangan suami, tambah pula dengan kesilapan anak? Mana ada ibu yang senang hati melihat anak dibalik jeriji besi walau jahat sekali pun anak itu. Kan? 

Mari fikir juga, andai kata dia dibuang Universiti, adakah dia kuat berhadapan dengan situasi? Kalau kita di tempat dia, bagaimana? Dalam hal ini, siapa yang nak dipersalahkan? Salah ibu mengandung? Salah ayah yang buat ibu mengandung? Atau salah diri sendiri? Atau salah rakan yang mengajak keluar? Atau takdir yang dipersalahkan? 

Klien 2.

Saya: Umur berapa dik?
Dia: 20 tahun.
Saya: Kesalahan apa?
Dia: 395, kak.
Saya: *belek Penal Code. amaturlah katakan*
Saya: Samun?
Dia: Ha'ah.

Bla.bla.bla.

Saya: Mak kerja apa?
Dia: Mak saya ajar budak mengaji.
Saya: Telan air liur. 

Bla.bla.bla.

Saya: So nanti nak mengaku salah ke nak minta bicara?
Dia: Saya tak tahulah kak. Mana yang lebih baik?
Saya: Kalau mengaku salah, kita boleh mitigate minta hukuman diringankan. Kalau nak minta bicara pun boleh sebab adik kata, yang buat tu kawan adik, adik bawak motor je, dan polis tak buat kawad cam tu semua, barang kes pun tak de dengan adik.. Tapi kita tak boleh jamin berapa lama kes boleh settle. Satu lagi kalau adik tak mengaku bersalah, minta bicara dan kemudian mahkamah putuskan adik bersalah, hukuman tu payah nak ringan, dik. 
Dia: Mak saya, abang saya semua kata jangan mengaku bersalah. Sebab saya tak buat. Saya bawa motor je. Tapi saya tak tahulah kak. Mana yang lebih cepat, itulah saya nak. Kepala dah sakit duduk lama-lama dalam ni, kak. 
*masa kau nak bawa motor tu kepala kau sakit tak dik?* hehe

Part yang syahdu.

Saya: Adik ada apa-apa lagi ke nak cakap, nak minta dimaklumkan apa-apa kepada keluarga?
Dia: Saya minta tolong akak call Mak saya, boleh tak? Minta bagitahu dia, saya minta dia datang melawat, saya nak tahu perkembangan keluarga. Saya tak tahu apa-apa sekarang ni, kak.
Saya: *Telan air liur lagi. Syahdu. Sayang rupanya dia kat family, kan?*
Saya: Ok, akak take note kat sini. Nanti kita cuba hubungi keluarga adik. Sabar sikit ya duduk sini. 
Dia:  Ok, terima kasih kak.

Klien 3.

Saya: Umur dik?
Dia: 18 tahun.
Saya: Kesalahan apa dik?
Dia: Pecah rumah.

*Sebenarnya bukan pecah rumah sangat pun. Curi tong gas kosong sebanyak 6 buah di rumah sewa sendiri. 1 tong gas dijual dengan harga RM35. RM35x6 = RM210.

bla.bla.bla.

Key factor pada hemah saya:

Satu.
Saya: Tahap pendidikan dik?
Dia: Tingkatan 2.
Dalam hati saya berkata, 'zaman sekarang pun ada orang tak kisah tak sekolahkan anak sampai habis ke? duduk KL pulak tu, wehh!'.

Dua.
Saya: Keadaan keluarga adik macam mana? ok? (Ruangan dalam borang, miskin, sederhana, ibu bapa bercerai)
Dia: Mak ayah bercerai, tapi tak tahu ayah hilang lari ke mana. Saya ada bapa tiri.  

*Sebab itu dalam Islam, bapa penting sebagai ketua keluarga, sebagai Imam. Bila bapa tiada, beginilah kesannya.*

Saya: Ini kesalahan pertama atau ada kes sebelum ni?
Dia: Sebelum ni pernah didakwa kesalahan pasal guna senjata masa saya Form 2 tapi saya lepas, mahkamah kata saya tak salah.

Ok, mari fikir. Salah ke tak tu belakang cite, tapi apa kau buat dik sampai kau boleh main dengan senjata segala bagai? Kalau akak diknon, akak main lawan pemadam je kat sekolah. Main rebut tiang masa rehat, main kredit kad (raba bontot kawan), main pijak-pijak kasut kawan. Paling kuat pun akak bercinta monyet lah. Itulah. Kau main senjata? Alahai.

Lepas tu, berbaloi tak kau rembat barang nilai RM210 yang sehari kau boleh habiskan (nak bagitahu betapa sikitnya nilai), kemudian kau sangkut dalam ni tak tahu berapa lama. Mahkamah bagi ikat jamin pun family tak mampu bayar, minta kurang lagi. Habis camno?

Pengalaman lain.

Selepas keluar bertemu young offenders, kami menunggu di luar penjara wanita pula untuk menemuduga banduan wanita. Menunggu bukan main lama, lepas tu tak jadi, lepas tu balik.

Sebelum tu, saya nak cerita apa yang saya nampak. Kebetulan semasa menunggu di bawah panas terik tu, bas penjara pun tiba. Banduan wanita ramai turun dari bas (baru balik daripada Hospital) dengan tangan bergari bersama warden penjara wanita. Perkara pertama saya terpandang; "oh my God. there's a lady with a baby!". Itu perkara pertama saya terpandang dan terus saya sampaikan kepada kawan-kawan lain. Anak comel pula tu. Hancur luluh hati saya. 

Masa masing-masing turun dari bas, ambik kau. Saya nampak tidak kurang daripada 3 orang wanita yang menggendong bayi. Seorang dua daripadanya seperti masih dalam pantang atau mungkin baru habis pantang. 

Kita sama-sama fikirlah, agak-agaknya bila anak-anak itu membesar nanti, marah tak dia bila mendapat tahu bahawa tahun-tahun awal kelahiran dan kehidupannya, dia membesar di dalam penjara, di sebalik jeriji dan tembok tinggi 4 meter?

Saya tertanya-tanya, apalah salah ibu-ibu ini ya? Apakah nasib anak-anak itu nanti?

Penutup.

Lalu kita perlu tanya diri kita, apa fungsi kita untuk masyarakat dan dunia? Kita lawyer, kita doktor, kita engineer, kita money-maker tapi apa sumbangan kita?

Kalau tak ada, elok kita tekup muka, dan letak kepala dalam jamban dan pam.

Sebab kita dan najis tiada beza. Memalukan saja. 

Wallahualam.
Wassalam

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom Pergi: Being Me - Women only Conference.


Tahu tak, dalam hidup kita ni kalaupun kita tak mampu untuk 'memberi' atau menjadi tangan yang membuat kebajikan, sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyediakan ruang untuk kebaikan itu berlaku. Susah ke agak-agak? Saya rasa tak susah. 

Hati perlu sentiasa bersih. Kotor sikit je bersihkan, kotor sikit je bersihkan. 

Tapi bagaimana? Selain daripada membaca bahan ilmiah, mengaji al-Quran, kita juga digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu. 40 hari kalau kita tak menghadiri majlis ilmu, hati boleh gelap. Kan?

Jadi, apa yang cuba saya sampaikan melalui entry ini ialah, buat gadis-gadis, wanita-wanita, muslimah yang disayangi atas nama Allah swt semuanya, marilah kita sama-sama menghadiri Being Me - Women Only Conference. 


Details seperti yang tertera di dalam gambar promosi di atas. Tapi, mari saya ulang di sini:

  • Tarikh: 30 June 2012; 9 pagi hingga 10 malam.
  • Tempat: Martrade Exhibition & Convention Cente (berdekatan Masjid Wilayah / Mahkamah Jalan Duta)
  • Harga tiket: RM100 (sebelum 31 Mei 2012). RM150 selepas 31 Mei.
  • Jika sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan tiket secara mudah, boleh hubungi sahabat saya, Cik Khairul Fisyah di: 012-2687399
Apa yang so-special about this conference?
Ya Allah, terlalu banyak kot. Saya rasa RM100 tu sgt berbaloi untuk pelaburan akhirat seperti ini. Program semuanya menarik. Antaranya:
  • Conference & Workshop yang speakers nya semua gempak-gempak, bertaraf antarabangsa yang boleh membuka ruang pemikiran kita agar tidak hanya berfikir dalam sudut aplikasi kehidupan di Malaysia semata-mata.
    • Topic & speaker:
    • The Art of Mothering - Dr. Fadila Grine
    • Parenting according to the Qur’an & Sunnah - Dr. Hajah Sofia
    • Unleash your potential - Sis. Jamilah Samian
    • “The Greatest Love of All: Do we really love Allah most?” – Sis. Yasmin Mogahed
    • How to please Allah while working – Sis. Raya Shokatfard
    • Being Beautiful is about Being Me : A creative outlook in making the most out of “ME” – Sis. Haslina Ali
  • Sisters Corner - Peluang untuk anda belajar nak melawa, make-up make-up, bergaya tetapi dengan berhijab. Menarik kan?
  • Fashion Show
  • Marriage Corner - Ini sangat menarik sebab.. sebab.. siapa yang tak suka cakap hal kahwin?hahaha.
And many more lah actually. Kalau ragu-ragu dengan maklumat yang saya berikan, silalah layari sendiri website Being Me: http://my.being-me.org/

Jumpa di sanaWardina Safiyyah ada juga sebagai Emcee. Aiman Azlan sendiri kecewa kerana tak dapat joint sebab conference ini tertutup untuk wanita sahaja. So, apa tunggu lagi? Sis Yasmin Mogahed juga ada! wee~


Jangan lupa, beli tiket. Nak mudah, hubungi sahabat saya, Cik Fisya di 012-2687399.
Jangan risau, sahabat saya ni tak berniaga atau mengaut untung langsung. Dia hanya mencari peluang membuat kebajikan dengan bergelar sukarelawan.

Nah, saya hadiahkan anda semua dengan lagu yang menyejukkan hati ini. Bangga bergelar Muslimah, kan?

Wassalam


p/s: Mari kita cari, kawan mana yang sanggup suka ria sama, yang sanggup je menemani ke majlis ilmu bersama-sama.

Khamis, 17 Mei 2012

Atas nama Cinta: Kahwin - Cerai.

Sejak belakangan ini, otak saya kembali sarat berfikir tentang isu-isu negara, isu-isu politik, isu-isu sosial masyarakat, isu-isu itu dan ini, dan macam-macam lagi. Saya terlalu penat berfikir sambil buat kerja di office, sambil terpaksa menghadiri Ethics Course (semalam) dan Ethics Exam (siang tadi) sampaikan saya terpaksa pejam mata melihat beberapa datelines application yang teringin untuk saya lakukan terbengkalai separuh jalan. Mengeluh pun tiada guna. Rezeki di lain masa, barangkali.

Dalam banyak-banyak isu yang difikirkan contohnya adalah; isu Bersih 3.0, salah siapa sehingga keadaan menjadi huru-hara? Contoh lain isu apakah peranan mahasiswa untuk penambah baikan kualiti masyarakat dan pimpinan negara? Contoh isu lain, adakah Majlis Peguam berada di landasan yang betul apabila dilihat seperti pro-pembangkang? 

Wah, semuanya kelihatan rumit. Tak ada satu isu pun yang saya habis khatam dan dapat buat kesimpulan yang baik. Jadi, abaikan isu-isu yang disebut di atas.

Sebenarnya, isu yang paaaaaaling saya minat sekali adalah isu kekeluargaan. Jumaat lepas saya sempat menghadiri Seminar di KL Bar bertajuk Islamic Wills. Lain kali saya kongsikan apa isinya, yang penting saya pergi seminar tersebut untuk menambah ilmu saya yang amat sedikit dalam masa sama agar mudah saya berkongsikan pemahaman tentang pentingnya kita meninggalkan wasiat sebelum ajal datang tak kiralah kita muda atau tua. Jadi, apa kena mengena Islamic Wills ini dengan keluarga? Mestilah banyak kena mengena kalau dikaji selidik. Nanti kita kaji yang ini.

Kahwin-Cerai-Kahwin-Cerai! 


Apa yang saya nak kongsikan di sini bukan isu Wasiat dalam Islam (mungkin untuk entry akan datang) tapi isu kahwin-cerai yang dilihat seperti semudah pakai baju dan bukak baju. Jika mahu, pakai. Jika tidak mahu, bukak baju. Buang jauh-jauh. Lepas tu kalau teringin pakai semula. Haish. Bila nak selesai?

Kalau dikaji kadar penceraian di Malaysia, saya rasa sangat tinggi rate nya. Dan saya rasa wajar untuk kita berasa gusar dan risau tentang masalah ini, khususnya dari kalangan Muslim. Kita mungkin tak ada contoh dari keluarga terdekat di kiri dan kanan. Dan saya berdoa agar ahli keluarga, kenalan-kenalan saya semuanya dijauhkan daripada cabaran rumah tangga sehingga bercerai-berai begini. Namun begitu, kita masih boleh belajar dan ambil iktibar daripada berita-berita yang terpapar di akhbar mahupun di media elektronik. 

Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit! Aduh, sakit jantungku. Parah benar. 

Antara cerita panas buat masa kini ialah kes tuntutan kembali taat oleh Jimmy Shanley terhadap isterinya dan juga penarikan semula permohonan cerai oleh Aidil, suami kepada Rita Rudaini. Sangat menggerunkan jika kita ikuti kisah-kisah mereka.

Pendirian yang diperjuangkan, adakah berbaloi?

Saya tahu dan faham bahawa semua orang ada hak untuk memperjuangkan pendirian masing-masing dan undang-undang mengizinkannya. Makna kata, si suami memang ada hak untuk menggunakan khidmat guaman, memperjuangkan apa yg ingin diperjuangkan, dan sama juga pada pihak si isteri. Namun, perjuangan hak atas dasar undang-undang manusia semata-mata bukanlah pilihan yang terbaik, pada hemat saya. Lagi-lagi bila bergelar selebriti. Jangankan kata isu rumah tangga, pergi kedai runcit pakai selipar pun mungkin orang akan bercakap sebab di-expect selebriti pakai smart lah sikit! Kan?

Yang mengelirukan minda saya apabila saya tertanya-tanya, tidakkah mereka rasakan apa yang mereka cuba perjuangkan itu akan menjadi sesuatu yang tiada atau kosong nilainya bila mana semuanya telah diluahkan panjang berjela pada media? Atau sekiranya tidak diluahkan secara terus pun, media masih mempunyai akses kepada cerita-cerita panas, tuduhan-tuduhan bisa dan kata-kata nista sesama pasangan yang halal di sisi agama. Dan apabila tersebarnya cerita, masyarakat akan membuat kesimpulan masing-masing. Bila masyarakat bercakap-cakap, ianya seperti satu doa buat pasangan tersebut. Contohnya bila orang menyampah membaca berita Jimmy Shanley, orang akan kata; "Bodoh betul! Isteri macam ni pun kau nak lagi. Elok cerai je!". Kalau seorang yang kata, boleh tahan lagi. Kalau ribu-ribu orang sebut benda sama, tak ke memang haru?

Saya cuba untuk letakkan diri saya di tempat isteri Jimmy. Baiklah, katakanlah memang saya 'nakal' seperti yang digembar-gemburkan. Saya 'claim' yang anak dalam kandungan saya bukan anak suami saya, saya suka berjudi, saya kurang ajar dengan ibu bapa saya, saya nusyuz dengan suami saya, dll. Andai kata terdetiklah hati saya untuk insaf dan berubah dan meninggalkan tabiat-tabiat buruk semua itu pun, belum tentu saya akan mahu teruskan hidup bersama suami saya itu. Kenapa? Kerana saya pun tahu malu juga. 

Sebagai suami yang mahukan saya taat kepada dia, wajarkah dia senang melihat media-media bercakap-cakap tentang hal keburukan saya? Lepas satu demi satu keburukan dibuka. Dan saya akan keliru juga, sebagai suami, sanggup ke dia nak terus bersama orang macam saya yang satu dunia dah tahu hina gila perangai saya sebelum ini. Dan saya akan merenung lama-lama, dari manakah dapat saya mulakan titik kemanisan untuk hubungan ini kembali mekar dan gemilang? Dan kegemilangan itu bukan target untuk dunia semata, tetapi sehingga syurga. Bisakah? Secara psikologinya, saya yakin ini amat mencabar!

Bila anak jadi mangsa. 

Masa berlalu, isteri kecewa, sakit hati tak terkata. Suami pula ego, taknak kalah, takkan mahu melepaskan. Bila mahu tamat episod ini? Brothers and sisters, anak-anak kalian kian membesar. Jangan kerana sengketa kalian, anak-anak menjadi mangsa. Ketahuilah, punca masalah sosial semakin meruncing zaman ini adalah daripada institusi keluarga yang rapuh. Dan tolonglah jangan menyumbang kepada kerapuhan itu lagi dan lagi. Tolonglah. 

Isu perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil juga begitu. Bezanya dalam hal ini si isteri yang sedikit banyak membuat kenyataan. Barangkali kerana sudah tidak tahan lagi dengan permainan demi permainan yang cuba digayakan oleh pemain bola sepak itu. Satu masa dulu, saya kecewa dengan Aidil kerana memilih Rita yang jauh lebih tua daripadanya untuk dijadikan isteri, sedangkan saya yang sebaya dengannya, dia pandang sebelah mata pun tidak. hehe. *lawak tak sesuai dengan waktu*

Saya ada menonton video berdurasi 14 minit lebih yang memaparkan kenyataan yang dibuat oleh Rita setelah Aidil memutuskan utk menarik balik permohonan penceraiannya. Bila wartawan tanya, 'masih ada harapan lagi ke rumah tangga ni?' sikit lebih kurang, Rita jawab, 'kita tengoklah macam mana. Saya serah kepada Allah. Saya akan fight utk kes ini, bukan utk saya tapi untuk anak-anak saya'. Sekali lagi saya keliru. Kau taknak bercerai, berdamai pun kau mcm tak sudi, habis kau nak apa sebenarnya? 

Kalau taknak bercerai, mengakulah kerana masih kuat kasih dan sayang, maka berdamailah. Pergilah ber-honeymoon (sekali lagi) ke suatu tempat yang rahsia, dapatkan quality time untuk berbincang heart to heart, clearkan semuanya dan kembali berusaha menyatukan hati-hati yang telah diikat itu sebaiknya. 

Kursus Kahwin sekali seumur hidup.

Satu perkara yang saya perasan tentang orang Malaysia ini, suami dan isteri hanya pergi kursus untuk bekalan rumah tangga sekali seumur hidup. Bila?? Cuba teka?? 

Jawapan: Masa sebelum nikah sebab WAJIB menghadiri kursus kahwin mengikut undang-undang negara kita. Memandangkan kursus kahwin wajib dihadiri sekali je, maka sekali jelah dihadiri. 

Sebelum kahwin kau kemain rajin attend kursus berdua, kekonon sweetlah belajar tentang ilmu rumah tangga bersama-sama. Dalam kursus pasti yang lelaki yang duduk dipenjuru kanan tersipu-sipu  bila Ustaz buat lawak geli-geli manja, manakala si perempuan tersengih-sengih manja di penjuru kiri sambil mengerling-ngerling ke arah lelaki di penjuru kanan kelas/dewan. 

Bila rumahtangga bergolak, ada pergi kursus? Atau seminar untuk pengukuhan rumah tangga? Atau sama-sama baca buku tentang rumah tangga? Atau sama-sama duduk belajar daripada otai-otai alam rumah tangga? Ada? Nan adooo!

Bila dah kahwin, kursus ni tak main lagi dah. Asal ada masalah je terus jumpa peguam, konon-konon menuntut hak. Duit banyak lah katakan. 
Ini gelojoh namanya. Cubalah belajar selok belok rumah tangga dulu baik-baik. Kalau dulu sebelum dapat kemain halus strateginya. Mantap. Ini bila dah dapat kemain kasar gayanya, main rembat kencang terus. Habis cemana ni?

Panjangnya saya melalut. Tak la melalut sangat. Sebab kecewa punya pasal. 

Mari ubah!

Keadaan macam ini tak boleh dibiarkan, nanti jadi budaya seluruh masyarakat. Gaduh sikit, tak tahan, mintak cerai. Gaduh sikit tak tahan, pergi cari peguam. Gaduh sikit tak tahan, kemas baju semua duduk rumah lain. Gaduh sikit tak tahan, cakap macam-macam kat orang lain daripada orang tak ingin ambil tahu sampai orang tercari-cari apa update terbaru. Tak boleh. Tak boleh. 

Mahatma Ghandi pernah berkata, kalau kita nak kan perubahan, kita kena jadi the medium of change. Maksudnya, kita yang berubah!

Habis apa kena mengena dengan saya? 

Mestilah ada kena mengena! Siapa mahu generasi anak-cucu dia esok lusa melihat kahwin-cerai-kahwin-cerai ini sebagai isu biasa seperti rutin harian?? Mahu? Saya tidak mahu!

So brothers and sisters, lets make a change by being the medium of change. Mungkin esok lusa kita akan berkahwin (bagi yang masih single). So what we can do is that, masa pergi kursus kahwin belajar elok-elok, kurangkan elemen miang dan gatal dan gelojoh. Tapi tingkatkan fokus dan penekanan terhadap isu tanggungjawab, cabaran, strategi rumahtangga yang baik dan RISK management. Ingat company je perlu ada risk management? Institusi keluarga paling perlu ada!

Mungkin boleh dijadikan praktis untuk suami isteri setahun sekali pergi menghadiri kursus kekeluargaan. Walaupun hubungan baik, tiada masalah tapi apa salahnya menambahkan ilmu keibubapaan, menambah ilmu bagaimana untuk terus berfungsi sebagai suami dan isteri yang awesome dan anggun bergaya sehingga nak bertekak sedikit pun tak ada selera. Asal tengok muka isteri je hati cair , asal tengok muka suami je kelu lidah nak berbicara, hanya getaran hati yang mampu berkata-kata. hahaha! Pujangga gila. 

Well, bak kata Ustaz Don, 'memang betul saya belum berkahwin, saya tiada anak. Mungkin tuan-tuan boleh kata saya tak layak nak cakap isu ini sebab saya belum jadi bapa lagi..'

Bak kata saya pula, memang betul saya belum berkahwin, saya tiada suami. Mungkin tuan-tuan boleh kata saya tak layak nak cakap isu ini sebab saya belum jadi isteri lagi. Tapi, apalah salahnya kalau tuan-tuan beri ruang sikit dalam hati tuan-tuan untuk digest logik dan waras point-point yang saya cuba sampaikan di sini. 

Buat pengantin baru dan lama, pergilah kedai buku belilah buku 'Aku Terima Nikahnya..', penulisan oleh Ustaz Hasrizal. Baca, renungkan dan fahamkan. Malah untuk yang belum berkahwin dan single dan anggun macam saya, elok juga untuk baca. Baru kita tahu besar mana tuntutan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan, tinggi mana kesabaran yang perlu untuk seseorang yang bergelar isteri atau suami dan sejauh mana peranan perlu dimainkan. 

Dan beli dan baca jugalah buku 'Men are from Mars and Woman are from Venus'. Kalau pening nak faham english version, PTS Publication ada keluarkan buku sama yang dialih bahasa kepada bahasa melayu. Elok untuk kita semua faham bagaimana komunikasi lelaki dan perempuan yang berbeza agar toleransi dua jantina ini meningkat setelah ada pemahaman yang lebih baik tentang satu sama lain. Maka kadar salah faham dan sengketa akan berkurang, masalah akan lekas selesai.

Saya tahu entry kali ini penyusunan isi sangat caca marba. Sebab kegelojohan saya dalam menaip dan berfikir dan menaip dan berfikir. Lantaklah. Harap mesej sampai. 
Untuk yang akan saya kahwini (tak tahu siapa, bila dan di mana), saya berdoa agar kita nanti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi cabaran rumahtangga bersama. Moga kita sama-sama rajin baca kitab-kitab berkenaan kekeluargaan Islam, moga kita sama-sama rajin hadiri majlis ilmu untuk memperbaiki konsep-konsep kehidupan kita yang salah, moga kita dapat lunaskan tanggungjawab Allah yang dihadiahkan melalui kasih dan sayang yang dinikmati sebaiknya. 
Untuk para bakal suami di luar sana, ingatlah pesan Rasulullah yang ini: 
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan saya akhiri entri saya kali ini dengan permintaan untuk kita sama-sama hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).
Dan mari dengarkan lagu yang satu masa dulu di Melaka (ketika masih bergelar pelajar) hari-hari saya dengar kuat-kuat sampai housemate jadi bosan.



Wallahu'alam




p/s: Seronoknya menulis isu keluarga. Seronoknya!